Biodata Farhan Asri, Pelakon Muda Kelahiran Negeri Sembilan

Image Of Farhan Asri

Siapakah pelakon muda bernama Farhan Asri yang kini muncul dalam drama popular Cik Reen Encik Ngok Ngek? Beliau adalah bekas naib juara pertandingan Hero Remaja 2017 yang ketika itu dimenangi oleh Alif Muhaimin Bin Abdul Rahman (Alif Muhaimin), manakala Mohammad Harris Bin Shahrul Annuar (Harris Annuar) pula menduduki tangga ketiga.

Kini bintang Farhan Asri semakin bersinar dalam bidang lakonan dan bakal membintangi beberapa lagi siri drama TV selepas ini. Tahniah kami ucapkan.

Biodata Farhan Asri

  • Nama Penuh: Muhamad Farhan Bin Mohd Asri
  • Nama Popular: Farhan Asri
  • Tarikh Lahir: 10 Julai 1997
  • Umur: 21 tahun (2018)
  • Asal: Seremban, Negeri Sembilan
  • Keluarga: Mempunyai tiga adik-beradik (Farra, Farhan dan Farees)
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Tinggi: 1.85 m
  • Berat Badan: 70 kg
  • Pekerjaan: Pelakon & Pelajar
  • Instagram: @farhanleboo

Perkara Menarik Tentang Farhan Asri

  1. Mempunyai susuk badan yang kurus semenjak kecil. Namun beliau mula menanam hasrat untuk menambah berat badan sejak Tingkatan Dua dengan menjadikan aktor Hollywood, Taylor Lautner dari movie Twilight sebagai sumber inspirasi.
  2. Pernah menyertai pertandingan Open Asia sebelum ini dan mendapat tempat ke-20 daripada 460 orang peserta.
  3. Pernah menyertai training di Terengganu anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Strongman Malaysia untuk mendapatkan lesen sebagai gym trainer.
  4. Mengakui sejarah keluarga mempunyai genetik kanser dan telah kehilangan ibu saudara yang dipanggil Mak Lang akibat kanser payudara ketika berumur 15 tahun.
  5. Meminati bidang nyanyian sejak darjah empat sewaktu beliau membeli gitar pertamanya.
  6. Mula mahir bermain gitar sejak tingkatan tiga ketika zawan lagu-lagu berentak jiwang seperti Tercipta Untukku nyanyian kumpulan Ungu serta Menatap Matamu oleh Aril AF.

Fesyen Santai Farhan Asri

Gambar Farhan Asri Dan Adiknya

Gaya Rambut Farhan Asri

Image Of Farhan Asri

Imej Korporat Farhan Asri

Keluarga Farhan Asri Dan Ayahnya

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #farhan asri biodata #farhan asri profile #farhan asri wikipedia

Drama Nota Buat Cempaka (TV1 RTM)
Nota Buat Cempaka adalah drama bersiri hasil adaptasi daripada novel karya Sophilea. Ia
Muzikal Lawak Superstar 2019 (Astro Warna)
Program Muzikal Lawak Superstar 2019 ialah program realiti muzikal komedi yang menggandingkan 14
Drama Mimpi Sabrina (TV3)
Drama Mimpi Sabrina ditayangkan menerusi Slot Samarinda TV3. Drama ini dibintangi oleh Juliana
Drama Sweet Dreams (Astro Ria)
Drama Sweet Dreams adalah adaptasi novel Sweet Dreams karya Acik Lana yang akan

Leave a reply "Biodata Farhan Asri, Pelakon Muda Kelahiran Negeri Sembilan"