Langgan newsletter kami!
Poster Fariz Jabba

Biodata Fariz Jabba, Penyanyi Rap Berasal Dari Singapura

Siapa Fariz Jabba? Jejaka yang berasal dari Geylang, Singapura ini adalah penyanyi lagu berjudul ‘Masa’ yang sedang trending di carta muzik radio tempatan. Beliau yang meminati penyanyi rap terkenal Malaysia, Joe Flizzow sejak sekian lama, tidak menjangka yang dia akan dilamar oleh penyanyi hip hop terkenal Malaysia itu.

Perjalanan seni Fariz Jabba bermula apabila beliau memuatnaik sebuah klip video di laman sosial setelah mengetahui Joe Flizzow sedang mencari bakat baharu untuk diketengahkan.

“Tidak beberapa lama selepas klip video itu dimuat naik, saya berjaya menarik perhatian Joe apabila dia meninggalkan komen. Dari situlah bermulanya detik perkenalan antara kami berdua sehinggalah saya dipertemukan dengannya”

Fariz Jabba kini bernaung di bawah label M03 Records iaitu anak syarikat Kartel Records yang dimiliki oleh Joe Flizzow. Menerusi single terbarunya ‘Masa’ yang berentak R&B, Fariz Jabba berharap ia dapat mengetengahkan namanya di dalam industri seni arus perdana.

“ Menyanyi dan menari sentiasa menjadi obses saya sejak daripada kecil. Saya ingat lagi saya sering menonton persembahan secara langsung Chris Brown dan Michael Jackson hari-hari semata-mata mahu meniru pergerakan mereka dan berangan saya sedang menarikan lagu sendiri di pentas.

Akhirnya, kini saya berada di laluan yang sama dengan idola saya itu. ‘Masa’ terlalu istimewa dalam hati saya disebabkan ia lagu R&B dan lagu cinta pertama saya tulis dalam Bahasa Melayu. Saya sangat berharap mesej lagu ini akan sampai kepada semua sebagaimana yang saya inginkan”

Biodata Fariz Jabba

  • Nama Penuh: Muhammad Fariz Abdul Rashid
  • Nama Komersial: Fariz Jabba
  • Asal: Geylang Serai, Singapura
  • Umur: 23 tahun (2019)
  • Keluarga: Merupakan adik kepada pelawak (stand-up comedian), Fakkah Fuzz
  • Warganegara: Singapura
  • Jantina: Lelaki
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Kerjaya: Penyanyi (Bilingual Rapper)
  • Lagu / Single: Masa, Ape Sia
  • Genre Muzik: Hiphop/R&B
  • Label: M03 Records
  • Instagram: @farizjabba
  • Twitter: @farizjabba

Fariz Jabba Ape SiaFariz Jabba Family Photo

Fariz Jabba Haircut

Fariz Jabba Hip Hop Concert

Fariz Jabba Lagu Masa

Gaya Rambut Fariz Jabba

Image Of Fariz Jabba

Poster Fariz Jabba

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: