Langgan newsletter kami!
Cantiknya Farah Nabilah Bertudung

Biodata Farah Nabilah, Aktres Cantik Drama Papa Ricky

Biodata Fawa Nabilah | Ada juga yang panggil Farah Nabilah. Orangnya cantik, putih dan berbakat. Itulah tiga patah perkataan yang boleh penulis gambarkan mengenai bakat baru bernama Farah Nabilah ini.

Namanya mula mencuri perhatian para peminat tempatan apabila menerajui watak utama drama bersiri popular iaitu Papa Ricky yang telah ditayang di Astro Prima 105 tidak lama dahulu.

Mula mengetuk pintu industri seni tanah air pada tahun 2011, anak kelahiran Selangor ini terpaksa mengundurkan diri seketika kerana menyambung pelajarannya di menara gading selama empat tahun. Namun begitu, tahun 2016 membuka lembaran baru buat figura cun ini untuk kembali aktif sebagai anak wayang.

Biodata Farah Nabilah

  • Nama Penuh: Farah Nabilah Saipuddin
  • Nama Komersil: Fawa Nabila / Farah Nabilah
  • Tarikh Lahir: 10 Mac 1992
  • Umur: 25 Tahun (2017)
  • Asal: Selangor
  • Kerjaya: Pelakon dan Model
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Drama/Telefilem: Titian Cinta, Inikah Cinta, Papa Ricky, Pucuk Muda Kerabu Taugeh, Mati Tunggu Sekejap Halalkan Hati Yang Ku Curi (2018) dan banyak lagi.
  • Facebook: facebook.com/pg/farahnabilahofficial
  • Twitter: twitter.com/farahnabilah
  • Instagram: instagram.com/fawaaaa

Trivia Menarik Farah Nabilah

  1. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti SEGi.
  2. Fawaarriors merupakan nama kelab peminat.
  3. Menjuarai program Pencarian Wajah Aurawhite (PWA) 2015 dan menjadi jurucakap untuk produk kecantikan tersebut.
  4. Sebelum dikenali dengan Fawa, si cantik molek ini menggunakan nama asalnya iaitu Farah Nabilah sebagai nama pentas.
  5. Gelaran Fawa ini diperolehi daripada seorang rakannya yang pelat dan tidak boleh menyebut namanya dengan betul.
  6. Demi belajar dan memperbaiki mutu lakonannya, Fawa suka menonton sekurang-kurangnya satu filem tanpa mengira genre setiap malam.
  7. Memulakan langkah seni sebagai model komersil.
  8. Mempunyai lebih 60,000 pengikut di Instagram miliknya.

Comelnya Farah Nabilah Berimej Muslimah Sejati

Farah Nabilah Dan Dato' Rahim Razali

Farah Nabilah Dengan Fesyeni Jubah Muslimah

Farah Nabilah Gadis Cantik

Fesyen Muslimah Farah Nabilah

Selfie Fawa Nabila

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

One comment

  1. ewah-ewah cantik betul dia bertudung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: