Langgan newsletter kami!
Image Of Gambit Saifullah

Biodata Gambit Saifullah, Hero Drama Shhh… I Love You

Pernah membuat keputusan untuk berundur dari dunia lakonan, jejaka bernama Gambit Saifullah kini kembali mewarnai industri hiburan dengan beberapa projek seni lakonannya.

Terpalit dengan beberapa kontroversi hitam sebelum ini, figura kelahiran Kuala Lumpur tersebut kini positif dan semakin diterima khalayak.

Buah tangan terbaru iaitu Shhh… I Love You, sebuah drama adaptasi novel karya tulisan Farisya Natasha bergandingan dengan aktres cantik manis iaitu Elvina Mohamad telah ditayangkan di slot Akasia di TV3 mulai 3 April 2017.

Jangan buat masa, jom kita berkenalan dengan bintang filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ini.

Biodata Gambit Saifullah

  • Nama Penuh: Mohd Saifullah Rosli
  • Nama Komersil: Gambit Saifullah
  • Tarikh Lahir: 21 Julai 1985
  • Umur: 32 Tahun (2017)
  • Keluarga: Anak sulung daripada tujuh adik-beradik
  • Kerjaya: Pelakon, Pengarah dan Penerbit
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Drama/Telemovie: Shhh…I Love You, Isteri Tuan Ihsan, Jasmine, Awan Dania, Kau Laksana Bulan, Suara Dari Kubur, Datang Bulan, Misteri Datin Lily, Kemelut Rindu, Aku Dan Dia, Petanda, Dekat Padaku dan banyak lagi
  • Filem: Upin Ipin Jeng Jeng Jeng, Hantu Bukit Cina, Karipap-Karipap Cinta, Misteri Jalan Lama, Susuk, Cinta dan Rasukan Ablasa
  • Facebook: facebook.com/gambitsaifullah
  • Twitter: twitter.com/GambitSaifullah
  • Instagram: instagram.com/gambitsaifullah
  • Wikipedia: ms.wikipedia.org/wiki/Mohd_Saifullah_Bin_Rosli

Trivia Menarik Gambit Saifullah

  • Aktif bersukan dan seni beladiri seperti sepak bola, tinju, karate dan rally driving.
  • Ibu bapanya merupakan pakar kardiologis (jantung).
  • Mempunyai syarikat produksi sendiri iaitu Eightball Productions yang sudah beroperasi lapan tahun dan menerbitkan beberapa program televisyen seperti Sesat dan Hooperz.
  • Mempunyai dua diploma iaitu Diploma Kejuruteraan Automotif dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal.
  • Pernah mengikuti beberapa bengkel lakonan, latihan suara dan penulisan skrip.
  • Selain suka mengembara, Gambit juga fasih berbahasa Inggeris dan Sepanyol.
  • Suka mencabar diri, Gambit pernah menyertai program realiti penuh suspen, Fear Factor Malaysia.
  • Pernah terlantar di hospital selama empat hari kerana menjalani pembedahan di bahagian lutut akibat kecederaan ketika bermain bola sepak.
  • Mempunyai 36,000 pengikut di Instagram miliknya.

Fesyen Gambit Saifullah Berambut Pendek

Gambar Curi Gambit Saifullah

Gambar Zaman Muda Gambit Saifullah

Gambit Saifullah Bersama Upin Dan Ipin

GARDENS

Imej Pelakon Gambit Saifullah

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: