Biodata Hafizh Syahrin, Jaguh Moto2 Negara

Hafizh Syahrin Dengan Motorsikal

Sekalung tahniah diucapkan buat jaguh moto2 negara, Hafizh Syahrin kerana telah memenangi Kejuaraan Moto2 Eropah pada pusingan pertama perlumbaan antarabangsa FIM CEV Repsol di Litar Albacete, Sepanyol pada 30 April 2017 lalu.

Anak jati Ampang, Selangor ini berjaya merekodkan kemenangan dengan catatan masa 31 minit 13.926 saat sekaligus meninggalkan pelumba-pelumba moto2 lain. Seterusnya, jejaka luar biasa ini bakal beraksi di percubaan keduanya di Litar Catalunya, Barcelona pada pertengahan Jun 2017 ini.

Untuk pengetahuan pembaca, Hafizh bermula dalam lapangan sukan permotoran dengan berjinak-jinak melalui perlumbaan ‘pocket bikers’ sejak berusia lapan tahun lagi sebelum memutuskan untuk menyertai Kejuaraan Motosikal Sepanyol (CEV) bagi kelas Moto2 bermula 2010 sehingga hari ini.

Jom kita berkenalan dengan pelumba motosikal profesional tanah air ini yang turut digelar sebagai Pescao (ikan kecil).

Biodata Hafizh Syahrin

  • Nama Penuh: Hafizh Syahrin Abdullah
  • Nama Komersil: Hafizh Syahrin
  • Tarikh Lahir: 5 May 1994
  • Umur: 23 Tahun (2017)
  • Asal: Ampang, Selangor
  • Keluarga: Anak sulung daripada tiga adik-beradik
  • Status: Bertunang
  • Nama Tunang: Suzana Manaf
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Pelumba Moto2 Profesional Malaysia
  • Pencapaian: Juara FIM CEV 2017 di Litar Albacete di Sepanyol, tempat keempat di Moto2 Catalunya 2016, tempat kelima di Moto2 GP Itali 2016, juara Perlumbaan AMA PRO Vance & Hines Harley – Davidson Series 2013 di Grand Prix Indianapolis di Amerika Syarikat dan tempat ketiga di FIM CEV Repsol Championship 2013
  • Facebook: facebook.com/pg/HafizhSyahrinPescao55Official
  • Twitter: twitter.com/hafizhpetronas
  • Instagram: instagram.com/hafizh_syahrin

Trivia Menarik Hafizh Syahrin

  1. Seorang yang peramah, tidak sombong, fokus dan sentiasa merendah diri.
  2. Mewakili pasukan Petronas Raceline Malaysia.
  3. Jika ada masa terluang, Hafizh suka bermain futsal, bola padang, badminton, tenis dan golf.
  4. Merupakan generasi ketiga Felda Chalok, Terengganu (sebelah ayahnya).
  5. Mengikat tali pertunangan dengan kekasih hati yang merupakan model muslimah iaitu Suzana Manaf pada Julai 2016.
  6. Barcelona FC merupakan kelab bola sepak antarabangsa kegemarannya.
  7. Jika tidak terlibat dengan dunia permotoran, Hafizh bercita-cita untuk menjadi pemain bola sepak profesional.
  8. Tidak cerewat dalam soal makanan. Boleh makan apa sahaja janji sedap.
  9. Mempunyai skil dan kelebihan berlumba dalam keadaan hujan berbanding pelumba-pelumba lain.
  10. Turut digelarkan sebagai King of Pocket Bikers kerana aksinya yang cemerlang dalam sukan berkenaan.
  11. Mempunyai lebih 100,000 pengikut di Instagram miliknya.

Aksi Hafizh Syahrin Sebelum Perlumbaan

Gambar Hafizh Syahrin

Hafizh Syahrin Dengan Motorsikal

Hafizh Syahrin Semasa Kecil


Carian Berkaitan

hafizh syahrin moto2 biodata, biodata hafizh syahrin, biografi hafizh syahrin, jaa suzuran bertunang

Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Hafizh Syahrin #Hafizh Syahrin #Hafizh Syahrin Biodata #Profil Hafizh Syahrin

Biodata Abdul Latif Romly, Atlet Paralimpik Pertama Bergelar Olahragawan Kebangsaan
Biodata Abdul Latif Romly. Tahniah diucapkan buat atlet paralimpik negara, Abdul Latif Romly
Biodata Azizulhasni Awang, Pelumba Basikal Handalan Malaysia
Nama Malaysia terus mengharum di mata dunia apabila pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang
Biodata Farah Ann Abdul Hadi, Ratu Gimnas Negara
Artikel asal dari http://www.azhan.co | Young, talented and pretty. Itulah tiga perkataan yang
Biodata Izham Tarmizi, Suami Mia Ahmad
Tanggal 13 Januari 2017 mencipta kenangan terindah buat pelakon cantik, Mia Ahmad kerana

Leave a reply "Biodata Hafizh Syahrin, Jaguh Moto2 Negara"