Langgan newsletter kami!
Hun Haqeem Pelakon Muka Macam Artis Korea

Biodata Hun Haqeem, Pelakon Berwajah Kacukan Cina

Hun Haqeem adalah seorang pelakon muda tanahair yang sedang meningkat naik. Hanya berusia 21 tahun, jejaka ini menjadi perhatian peminat kerana mempunyai wajah persis artis Korea dan Cina. Dengan tidak bersandarkan pada rupa semata, Hun Haqeem menjadikan aktor Nam Ron sebagai sumber rujukan dalam bidang lakonan.

“Saya berterima kasih dan beruntung kerana dapat bekerjasama dengan beliau dalam telemovie berjudul Tasbih Usang. Abang Nam Ron banyak memberi tunjuk ajar cara menjiwai sesebuah watak. Saya akui sebagai pelakon baharu, untuk menjiwai watak agak susah. Saya selalu ingat pesanan beliau iaitu, ‘Jiwa Itu Penting’. Abang Nam Ron turut berpesan agar saya fahami dialog sebelum memulakan penggambaran. Bukan sekadar lontaran kosong sahaja”

Terbaharu, Hun Haqeem akan muncul dalam drama bersiri Cinta Belum Tamat Tempoh yang dibintangi oleh Nafiz Muaz, Bella Astillah dan Fendy Bakry. Drama bersiri ini bakal disiarkan di Astro Ria melalui Slot MegaDrama pada penghujung 2019.

Biodata Hun Haqeem

  • Nama Penuh: Hun Haqeem
  • Asal: Sungai Petani, Kedah
  • Umur: 21 tahun (2019)
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Pelakon dan Model
  • Drama: Cari Aku Di Syurga, Cinta Belum Tamat Tempoh
  • Telefilem: Tasbih Usang
  • Syarikat Pengurusan: MIG Productions
  • Instagram: @hunhaqeem

Gambar Hun Haqeem Tanpa MakeupGaya Maskulin Hun Haqeem

Hun Haqeem Muka Macam Cina

Hun Haqeem Pelakon Muka Macam Artis Korea

Image Of Hun Haqeem

Pelakon Kacak Hun Haqeem

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: