Biodata Imam Muda Asyraf, Pendakwah Bebas Popular

Imam Muda Asyraf Menggayakan Koleksi Baju Kurta Aisy Asyraf

Biodata Imam Muda Asyraf | Selepas menjuarai program realiti islamik terbitan Astro Oasis iaitu Imam Muda pada 2010, pintu rezeki Imam Muda Asyraf semakin melimpah ruah dan namanya bukan lagi asing di pentas dakwah Islam.

Selain muncul di kaca televisyen dan radio, pendakwah bebas ini seringkali diundang untuk menyampaikan ceramah, tazkirah serta forum agama di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

Selain itu, anak jati Tasek Gelugor ini turut melebarkan sayapnya dalam bidang perniagaan berasaskan pakaian muslim lelaki yang dikenali sebagai Aisy Asyraf Boutique yang beroperasi di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Biodata Imam Muda Asyraf

  • Nama Penuh: Muhamad Asyraf Mohd Ridzuan
  • Nama Komersil: Imam Muda Asyraf / Ustaz Asyraf
  • Tarikh Lahir: 12 Februari 1984
  • Umur: 33 Tahun (2017)
  • Asal: Tasek Gelugor, Pulau Pinang
  • Keluarga: Anak kedua daripada lima adik-beradik
  • Status: Berkahwin
  • Nama Isteri: Nur Husna Yusoff
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Pendidikan:
    – SRK Sri Aman Kg Melayu Pulau Pinang (1991-1996)
    – Maahad al-Mashoor al-Islami di Sg Batu Teluk Kumbar Pulau Pinang (1997-1999)
    – Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat, Repek, Pasir Mas, Kelantan (2000-2001)
    – Maahad Tarbiyyah Islamiyyah ( MATRI), Beseri, Perlis (2001-2002)
    – Peringkat Diploma Qiraat di Maahad Tahfiz Pulau Pinang (2003-2006)
    – Ijazah Sarjana Muda Syariah Pengkhususan Fiqh dan Usul di Universiti Malaya
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Pendakwah, Imam, Pengacara dan Ahli Perniagaan
  • Rancangan Televisyen: Tahfiz Muda, Assalamualaikum Bro Tolong Jawab!, Kembara Asyraf, Oh! My Pondok dan banyak lagi.
  • Facebook: facebook.com/ImamMudaAsyraf
  • Twitter: twitter.com/imamudaasyraf
  • Instagram: instagram.com/imammudaasyraf
  • Wikipedia: ms.wikipedia.org/wiki/Muhammad_Asyraf_Mohd_Ridzuan

Fakta Menarik Tentang Imam Muda Asyraf

  1. Merupakan graduan dari Universiti Malaya (UM) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin & Fiqh. Kini, sedang menyambung pelajaran di peringkat Master di dalam jurusan yang sama di UM.
  2. Berkenalan dengan isteri ketika sedang melanjutkan pelajaran di universiti yang sama.
  3. Menamatkan zaman bujangnya dengan Nur Husna Yusoff pada 14 Februari 2010 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
  4. Pernah mengeluarkan album sulung yang berkonsepkan kerohanian iaitu Rahmatan Lil ‘Alamin pada 2013 yang mengandungi sembilan buah lagu nasyid dan ketuhanan.
  5. Pernah menjayakan sebuah teater berjudul Projek Kahwin di Istana Budaya pada tahun 2014 bersama-sama Izzue Islam, Zulin Aziz, Sherry Alhadad dan ramai lagi.
  6. Menjadi juri tetap di dalam rancangan realiti kanak-kanak iaitu Ceria i-Star yang disiarkan di saluran Astro Ceria 611.
  7. Diiktiraf sebagai penerima Anugerah Khas Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang 2011.
  8. Dilantik sebagai Ikon Kesihatan Malaysia 2013 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
  9. Merupakan rakan sebilik Ustaz Don Daniyal ketika melanjutkan pengajian di Maahad Tahfiz Al-Quran Pulau Pinang.

Gambar Imam Muda Asyraf Bersama Isteri Dan Anak

Gambar Imam Muda Asyraf Dan Keluarga Seronok Beraya

Gambar Imam Muda Asyraf

Imam Muda Asyraf Bersama Dato' Saifuddin Abdullah

Imam Muda Asyraf Bersama Sufian Suhaimi Dan Elfira Loy

Imam Muda Asyraf Bersama Syed Saddiq Dan Rezzadude

Imam Muda Asyraf Dan Neelofa

Imam Muda Asyraf Dan Wak Doyok

Imam Muda Asyraf Menggayakan Koleksi Baju Kurta Aisy Asyraf

Imam Muda Asyraf Sewaktu Gambar Muda


Carian Berkaitan

niat solat dhuha(rumi), baju melayu imam muda asyraf, biodata imam muda asyraf, gambar imam muda asyraf

Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Iman Muda Asyraf #Iman Muda Asyraf #Profil Iman Muda Asyraf

Bacaan Doa Selepas Solat Beserta Terjemahannya
Doa Selepas Solat. Sesungguhnya memohon doa selepas selesai menunaikan sembahyang fardhu adalah termasuk
5 Program TV Berunsur Kerohanian Wajib Tonton Sepanjang Ramadhan
Memasuki bulan Ramadan, stesen-stesen televisyen di seluruh dunia termasuklah di Malaysia berlumba-lumba menayangkan
Biodata Normalina Alias, Juara Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2017
Sekalung tahniah diucapkan buat qariah Malaysia iaitu Normalina Alias kerana merangkul gelaran juara
Biodata Ustaz Don Daniyal, Pendakwah Bebas Popular
Siapa yang tidak kenal dengan pendakwah bebas tanah air, Ustaz Don Daniyal? Kelibat

Leave a reply "Biodata Imam Muda Asyraf, Pendakwah Bebas Popular"