Langgan newsletter kami!
Issey Fazlisham Mentor Milenia

Biodata Issey Fazlisham, Host Mentor Milenia

Pesona bintang pelawak dan pelakon bernama Issey Fazlisham ini semakin bersinar di persada industri seni hiburan negara. Sejak menyertai program mencari pelawak terbitan TV3 iaitu Bintang Mencari Bintang (BMB) menerusi kumpulan Titan bersama Ammar, namanya semakin dikenali ramai.

Rezekinya bukan sahaja di dunia lakonan malahan dalam bidang pengacaraan dan juruhebah radio. Selepas 3 Juara, penyampai radio Hot.FM itu kini mengendalikan program Mentor Milenia buat kali kedua bersama penyanyi cantik, Marsha Londoh.

Jom kita berkenalan dengan figura kelahiran negeri Cik SIti Wan Kembang ini.

Biodata Issey Fazlisham

  • Nama Penuh: Fazlisham Mat Hussin
  • Nama Komersil: Issey Fazlisham / Issey Titan
  • Tarikh Lahir: 26 Jun 1987
  • Umur: 30 Tahun (2017)
  • Zodiak: Cancer
  • Asal: Kota Bharu, Kelantan
  • Keluarga: Anak bongsu daripada tiga adik-beradik
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Penyampai Radio (Hot.FM), Pengacara, Pelakon, Pelawak dan Penggiat Seni Budaya (Dikir Barat)
  • Drama/Telefilem: Kau Aku Kita, Cik Sayur Encik Seafood, Mat Chia Chia, Sebuah Piala Seekor Kambing, Pengail Cinta, Mat Tree Four, Takraw Kampung, Joyah Dulu Susah Sekarang Alhamdulillah, Jason Murad dan banyak lagi.
  • TV Show: Mentor Milenia (2017 dan 2017), 3 Juara, Anugerah Skrin (ASK) 2016, Bang Bang Boom dan Sarapan Pagi.
  • Facebook: https://www.facebook.com/isey.fazlisham
  • Twitter: https://twitter.com/isseyfazlisham
  • Instagram: https://www.instagram.com/isseyfazlisham
  • Wikipedia: http://ms.wikipedia.org/wiki/Issey_Titan

Trivia Menarik Issey Fazlisham

  1. Suka tidur dan tidak gemar minum air manis.
  2. Sabri Yunus, Wan Hanafi Su dan Dato’ M.Nasir merupakan idola Issey dalam bidang seni.
  3. Pernah mendirikan rumah tangga bersama Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid pada 19 Mac 2015 sebelum bercerai pada 21 Ogos 2016.
  4. Beliau pernah menjadi ketua kumpulan Dikir Barat Dikir Akademi Arjunasukma.
  5. Beliau mengambil peranan sebagai tukang karut untuk Konsert Lentera Timur oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza yang diadakan di Istana Budaya pada Oktober 2013.
  6. Beliau juga pernah diangkat sebagai Ikon Belia Kelantan 2016 oleh Majlis Belia Kelantan.
  7. Menjalankan bisnes kafe ala makanan jalanan iaitu JMT Cafe bermula 2 Disember 2016 lalu.
  8. Mempunyai kira-kira 160,000 penggikut di instagram peribadinya.

 

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: