Langgan newsletter kami!
Isyariana Photo Cover

Biodata Isyariana, Artis Malaysia Berwajah Seiras Agnes Monica

Siapa Isyariana? Isyariana merupakan pelakon dan penyanyi wanita yang sedang meningkat naik di Malaysia. Sebelum menceburi dunia hiburan, Isyariana memulakan kerjaya awalnya sebagai pelukis pelan di Pahang. Beliau pernah menyertai rancangan realiti TV i-Klon terbitan Datuk Siti Nurhaliza. Beliau juga turut terlibat dalam membuat persembahan solo bagi konsert penyanyi Indonesia, Rossa di Pahang, serta konsert-konsert di Raja Pahang di Dewan Jubli Perak, Pekan. Isyariana juga pernah menjadi penyanyi gantian untuk kumpulan The Fabulous Cats selama setahun.

Sebelum menyertai Akademi Fantasia 2016, Isyariana pernah menganggotai kumpulan duo Hanarose bersama Eka Sharif di bawah didikan Cat Farish pada tahun 2014. Kumpulan ini bernaung di bawah Godzilla Boombox milik Cat Farish dan seterusnya mengeluarkan single sulung mereka bertajuk “Girlfriend” pada April 2014. Kumpulan ini ditubuhkan pada 2013 dan pertemuan Isya dengan Eka telah diatur oleh Cat. Sepanjang tempoh aktif dalam industri muzik tanah air, Hanarose pernah mengeluarkan beberapa lagu yang kesemuanya digunakan sebagai muzik tema filem Melayu tempatan iaitu “UFO” (Usin UFO), “Tiba Kini Waktu” (Coverina) dan “Deritaku” (Pengantin Malam). Kumpulan ini dibubarkan secara rasmi pada 2016.

Isyariana seterusnya terpilih menjadi salah seorang daripada 16 peserta Akademi Fantasia musim ke-13 pada tahun 2016. Pada AF 2016, beliau menduduki tangga ke-11 dan tersingkir di konsert minggu kelima.

Melengkapkan diari kerjaya hiburannya, Isyariana memulakan kerjaya lakonan dengan membintangi drama Married Tapi Benci dengan memegang watak ibu tiri Rina. Ia kemudian diikuti oleh watak lakonan sebagai Hanissa dalam drama Urusan Hati Cik Drama Queen lakonan Scha Al-Yahya. Pada 2017 juga, Isya muncul dalam telefilem Cinta Bae Kicap.

Biodata Isyariana

  • Nama Penuh: Isyariana Che Azmi
  • Nama Komersial: Isyariana
  • Nama Panggilan: Isya
  • Tarikh Lahir: 31 Oktober 1990
  • Umur: 29 Tahun (2019)
  • Asal: Temerloh, Pahang
  • Kediaman: Kuala Lumpur
  • Status: Bujang
  • Pendidikan: Diploma Seni Bina dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Agama: Islam
  • Kerjaya: Pelakon dan Penyanyi
  • Drama: Married Tapi Benci, Cerita Dari Mastika: Mayat Ipoh Melambai, Urusan Hati Cik Drama Queen, Cik Serba Tahu, Duda Pujaan Dara, Geng Tadarus, Jangan Padam Rindu, Lelaki Kiriman Tuhan, Mata Ketiga, Cerita Dalam Kain: Suamiku Pondan, Calon Menantu Tuan Rumah, Puteri Yang Ditukar
  • Telefilem: Cinta Bae Kicap, Malam Ini Aku Menangis, Secarik Kasih Mama, Kipas Belum Mati, Pentas, Izinkan Aku Menyayanginya, Papa Segera
  • Lagu/Single: Girlfriend, Deritaku, Tiba Kini Waktu
  • Instagram: @isyariana
  • Facebook: https://www.facebook.com/pg/isyarianaAf2016
  • Twitter: @isyariana
  • Email: [klik sini]

Foto Isyariana Di Set PenggambaranGadis Cantik Isyariana

Gambar Isyariana Bertudung

Isyariana Berhijab

Isyariana Che Azmi

Isyariana Comel

Isyariana Dan Mira Filzah

Isyariana Pakai Telekung Solat

Isyariana Pelakon Malaysia

Lakonan Isyariana

Mimik Muka Isyariana

Pelakon Drama Warkah Isyariana

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: