Langgan newsletter kami!
Izzah Amzan Gimnas Malaysia

Biodata Izzah Amzan, Ratu Gimnas Negara

Ketika Sukan Asia 2018 sedang berlangsung dengan rancaknya di Jakarta Palembang Indonesia, kelibat gadis ini menarik mula perhatian para peminat sukan di Malaysia. Dengan aksi lincah dan kehebatan melentur badan mengikut apa juga bentuk pergerakan sememangnya mengagumkan. Gerakan yang dilakukan oleh tubuh comel ini, dengan rambut disanggul kemas dan kostum yang dihias dengan labuci berwarna warni, mempersonakan mata yang memandangkan. Ditambah pula dengan raut wajah yang comel tentunya ramai yang ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut. Siapakah Izzah Amzan?

Izzah Amzan adalah atlit gimrama negara yang telah banyak memenangi pertandingan di peringkat antarabangsa walaupun di usia yang tersangat muda. Ketika di usia 8 tahun, Izzah pernah memenangi pingat emas untuk keempat-empat acara yang dipertandingkan dalam kategori gimrama anjuran Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Selangor (MSSS).

Biodata Izzah Amzan

  • Nama Penuh: Izzah Amzan
  • Nama Panggilan: Izzah / Jijah
  • Tarikh Lahir: 19 Oktober 2000
  • Umur: 19 tahun (2019)
  • Tinggi: 160 cm
  • Berat: 45 kg
  • Adik-beradik: Anak bongsu dari tiga beradik. Abang, Izzat, 22 tahun dan kakak Iffah, 21 tahun
  • Tempat Tinggal: Kuala Lumpur
  • Tempat Lahir: Pahang
  • Agama: Islam
  • Warganegara: Malaysia
  • Bangsa: Melayu
  • Pendidikan: Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Universiti (SRKTU), Sri Kembangan, Selangor
  • Cita-cita: Doktor
  • Kerjaya: Atlet Gimnastik
  • Acara Kegemaran: Riben
  • Jurulatih: Yulia Ivanova (Russia) dan Alisa Ajimirova (Uzebekistan)
  • Hobi: Menunggang basikal dan bermain violin
  • Instagram: @izzahamzan19
  • Facebook: @izzah.amzan

Fakta Menarik Tentang Izzah Amzan

  • Antara pertandingan yang pernah disertai ketika masih di sekolah rendah adalah Kejohanan Antara Kelab Selangor, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Selangor (MSSS) dan johan keseluruhan kategori Little Gymnas, pingat emas dalam acara tanpa alat, bola, hoop, tali dan reben.
  • Pernah mengalami kecederaan pada kedua-dua belah lutut pada tahun 2016 dan doktor menasihatkannya melakukan pembedahan, tetapi ditangguhkan kerana memerlukannya berehat dari sukan gimnastik selama setahun.
  • Bercita-cita untuk bertanding di Sukan Olimpik suatu hari nanti.
  • Menjadikan Alina Maksymenko dan Anna Bessonova iaitu gimnas lagenda dari Ukraine sebagai idola.

Gambar Izzah Amzan Yg Comel

Izzah Amzan Gimnas Malaysia

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: