Langgan newsletter kami!
Junaidah Kiting Pengasas De'Wajah

Biodata Junaidah Kiting, Pengasas De’Wajah

Biodata Junaidah Kiting, Pengasas De’Wajah

  • Nama Penuh: Junaidah Bt. Kiting
  • Asal: Jelebu, Negeri Sembilan
  • Tempat Tinggal: Shah Alam, Selangor
  • Umur: 58 Tahun
  • Agama: Islam
  • Warganegara: Malaysia
  • Bangsa: Melayu
  • Nama Suami: Abu Bakar Yahaya
  • Nama Anak:  Nur Fadzlin dan Nur Fariza

Kisah Hidup Junaidah Kiting

Junaidah Kiting pernah mempelajari jahitan dan mengambil tempahan pakaian selama dua tahun. Namun, selepas dua tahun beliau hilang minat terhadap bidang tersebut. Beliau kemudiannya mencuba bidang baru iaitu dandanan rambut dan solekan.

Lama-kelamaan Junaidah Kiting telah jatuh hati pada bidang ini dan terus mendalami bidang yang diminatinya selama sedekad bermula usia 28 tahun dengan bekerja makan gaji sebelum beliau akhirnya menjalankan perniagaan sendiri.

Menurut Junaidah Kiting, perkara yang membezakan antara seorang usahawan yang berjaya dengan seorang usahawan yang gagal adalah kecekalan menghadapi serta mengatasi rintangan.

“Kejayaan bukan bergantung kepada nasib semata-mata sebaliknya ia mesti disertai dengan kecekalan yang tinggi dan tidak berbelah bahagi di samping usaha yang gigih.”

Menurutnya lagi kebanyakan usahawan yang berjaya mempunyai kelebihan tersendiri, budaya kerja yang baik dan falsafah hidup yang sihat.

Junaidah Kiting Di Usia Hampir 60 Tahun Junaidah Kiting Dan Anaknya

Kisah Perniagaan Junaidah Kiting De’Wajah

Jun Hair & Beauty (M) Sdn Bhd bermula dengan perniagaan milikan tunggal bumiputera yang ketika itu dikenali sebagai Jun Hair & Beauty Saloon. Perniagaan milik Junaidah Kiting ini didaftarkan pada 1989 sebagai sebuah perniagaan kecantikan dan kosmetik.

Memulakan perniagaan kecantikan secara kecil-kecilan dengan mendirikan cawangan pertama di Kompleks PKNS Shah Alam, Jun Hair & Beauty terus meraih pengalaman serta kepercayaan pelanggan dan juga pembekal.

Pada tahun 1996, Jun Hair & Beauty telah mengorak langkah berani apabila menghasilkan produk kecantikan keluaran sendiri dengan jenama De’Wajah. Pada ketika itu, jenama De’Wajah juga adalah merupakan produk kecantikan keluaran bumiputera Malaysia yang terawal serta terkenal sebagai pelopor syarikat kosmetik bumiputera.

Kecemerlangan yang dicapai oleh Jun Hair & Beauty dalam industri kecantikan kemudiannya mendorong pemiliknya untuk melangkah setapak lagi dengan menubuhkan syarikat Jun Hair & Beauty (M) Sdn Bhd pada 7 Oktober 2004 di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.

Kini setelah lebih 20 tahun beroperasi, Jun Hair & Beauty (M) Sdn Bhd bersama produk keluarannya De’Wajah terus kukuh di pasaran walaupun dengan kehadiran pelbagai jenama kecantikan lain yang hadir bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

Terbaharu, rangkaian produk De’Wajah yang meliputi set perawatan kulit muka (De’Wajah Skin Care), penjagaan rambut (De’Wajah Hair Care) dan set lengkap kosmetik (De’Wajah Professional Make-up) telah diedarkan melalui lebih 500 pengedar di seluruh Malaysia termasuk Brunei dan Singapura.

  • Syarikat: Jun Hair & Beauty (M) Sdn Bhd
  • Tahun didaftarkan: 1989
  • Alamat: Headquarters De’ Wajah, No 4, Jalan Ragbi 13/30 Sek 13, Shah Alam, Malaysia
  • Website: http://www.dewajah.net
  • Instagram: @dewajah_online
  • Perkhidmatan: Pelbagai rawatan kecantikan di De’Wajah Beauty and Spa
  • Produk: Rangkaian penjagaan kecantikan muka, rambut dan badan De’Wajah
  • Keistimewaan: Rangkaian produk De’ Wajah berupaya menegangkan kulit dan mengurangkan kedutan tanpa merensakan kulit kerana diadun daripada bahan-bahan semula jadi seperti pati buah-buahan dan bunga-bungaan. Dalam masa dua minggu menggunakannya, garis halus semakin berkurang selain kesan penuaan yang lain. Produk De’ Wajah juga berupaya menyelesaikan masalah pigmentasi, jeragat, jagat serta masalah jerawat yang dialami oleh para remaja. Produk De’Wajah tidak hanya menjadi pilihan wanita malah orang lelaki juga.
  • Slogan: Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda Dengan Produk De’Wajah
Print Friendly, PDF & Email

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: