Langgan newsletter kami!
Gambar Juzzthin

Biodata Juzzthin, Penyanyi Rapper Serba Boleh

Biodata Juzzthin. Kecil-kecil cili padi! Itulah ungkapan yang paling sesuai buat jejaka bernama Mohamad Nazreen Norzali atau nama pentasnya Juzzthin.

Walaupun mempunyai sosok tubuh kecil, rapper popular tanah air ini dikurniakan bakat yang besar. Bernaung di bawah label Mixologi Music, anak jati Kuala Lumpur ini banyak berkolaborasi dengan selebriti-selebriti terkenal Malaysia seperti Amyra Rosli, Maya Karin dan Mas Idayu dalam lagu-lagunya.

Selain rap, figura ini boleh menulis lirik, berlakon dan mengacara. Jom kita berkenalan dengan rapper yang serba boleh ini.

Biodata Juzzthin

  • Nama Penuh: Mohamad Nazreen Norzali (Ejaan jawi: محمد نازرين نورزالي)
  • Nama Artis: Juzzthin
  • Tarikh Lahir: 2 Ogos 1990
  • Zodiak: Leo
  • Umur: 27 Tahun (2017)
  • Asal: Setiawangsa, Kuala Lumpur
  • Keluarga: Anak Tunggal
  • Kerjaya: Rapper, Pelakon dan Pengacara
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Lagu: Aku Ada Kelas, Botingkek (duet bersama Waris), 100 % (duet bersama Waris dan Mas Idayu), Serik Dengan Cinta (duet bersama Maya Karin), Ada Saja (duet bersama Waris dan Amyra Rosli), Day 1 (duet Muariffah), Alhamdulillah (duet bersama Wani), Lepaskan (duet bersama Wani) dan banyak lagi.
  • Drama/Telemovie: Disney Waktu Rehat, Oh My English1 (musim ke-3), Oh My English! Road To Jogja, Oh My Ganu 2 dan Oh My English! After School.
  • Pengacara: Muzik-Muzik 31
  • Twitter: twitter.com/juzzthinx
  • Instagram: instagram.com/officialjuzzthin
  • Wikipedia: ms.wikipedia.org/wiki/Juzzthin

Trivia Menarik Juzzthin

  • Sunset Boulevard yang diterbitkan pada tahun 2012 merupakan single pertamanya sebagai rapper tempatan.
  • Joe Flizzow, Malique dan rapper popular antarabangsa, Eminen merupakan idolanya dalam dunia hip hop.
  • Demi minatnya dalam bidang lakonan dan menulis lirik, rapper muda ini menyambung pengajiannya dalam bidang seni lakonan di ASWARA.
  • Sebelum terjun ke dunia rap, Juzztin memulakan langkah seninya sebagai seorang pelakon.
  • Disney Waktu Rehat merupakan sitcom pertamanya yang memperkenalkan dirinya sebagai seorang pelakon.
  • Merangkul gelaran juara dalam program terbitan Astro iaitu Blast Off bersama kumpulannya iaitu Tricky Tounge.
  • Pernah memasuki program realiti terbitan 8TV iaitu Word di mana ia mengetengahkan bakat-bakat baru hip-hop yang berpotensi di Malaysia.
  • Album sulungnya yang berjudul Class In Session dikeluarkan pada Mac 2016 yang memuatkan 12 lagu.
  • Pernah berlakon dalam muzikal Timeless Treasure yang diterbitkan oleh RTM.
  • Mempunyai lebih 60,000 pengikut di Instagram miliknya

Album Pertama Juzzthin

Gaya Nerd Juzzthin

Gaya Santai Rapper Juzzthin

Juzzthin Bersama Ayda Jebat Dan Faizal Tahir

Juzzthin Bersama Pelakon Oh My English!

Juzzthin Bersama Waris

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: