Langgan newsletter kami!
Shasha Solero, Bobo Dan Kak Ton BEAUTY UMAIRA

Biodata Kak Ton, Pengasas Beauty Umaira

Biodata Kak Ton, Beauty Umaira

  • Nama Penuh: Zaiton Hassan
  • Umur: 58 Tahun (2017)
  • Keturunan: Berdarah campuran Pakistan, Arab, Thailand dan Laos
  • Pendidikan: Ijazah Perakaunan dari Universiti Lam Kam Heng, Bangkok
  • Anak: 5 orang – Mohd. Shuhadad Shahrul Annuar, Nadia Shahrul Annuar, Mohd. Suffian Shahrul Annuar, Aymarn Fitri Shahrul Annuar dan Mohammad Harris Shahrul Annuar
  • Syarikat: Pravenus Beauty Sdn. Bhd.
  • Produk: Raudhah Healthy, Umar, Adam Dan Hawa dan Beauty Umaira

Kisah Peribadi Kak Ton

Sejak berumur 13 tahun lagi, iaitu setelah datang haid pertama, beliau sudah mula mengamalkan makan herba, madu dan air rebusan akar kayu untuk menjaga kesihatan diri.

Beliau juga menyapu losen badan setiap hari dan hasilnya dapat dilihat hari ini di mana kulitnya tidak kecut atau kering walaupun telah berusia 50-an.

Beliau dituduh perasan comel kerana tagline “Comel tak Kak Ton?” yang beliau gunakan di dalam iklan komersial tetapi beliau tidak kisah asalkan orang mengingati iklan yang disiarkan.

Beliau merupakan antara wanita pertama Malaysia yang menjejakkan kaki di bumi Palestin untuk menyampaikan sumbangan berupa wang pada tahun 2012.

Kisah Perniagaan Kak Ton

Beliau mempunyai perniagaan salun sebelum ini. Beliau juga menubuhkan Pravenus Beauty bersama seorang rakan kongsi berbangsa Cina pada tahun 2002 dan mengeluarkan kosmetik White Pearl.

Namun, perniagaan tersebut menghadapi masalah dan mereka kemudian berpecah sehingga White Pearl tidak lagi dikeluarkan. Akibatnya, Zaiton menghadapi dugaan berat kerana menanggung hutang yang banyak.

Walau bagaimanapun, beliau berpegang kepada prinsipnya, iaitu tidak melupakan Allah dan selalu memohon pertolongan daripada-Nya. Beliau kemudian bangkit semula dengan keyakinan baru untuk melangkah ke hadapan.

Melihatkan ramai orang mengalami masalah kesihatan, beliau berusaha mengeluarkan produk yang dapat membantu menyembuhkan bermacam-macam penyakit dengan izin Tuhan.

Menggunakan resepi turun temurun keluarga, beliau memberi pelanggan salun miliknya mencuba minuman kesihatan selama setahun untuk melihat keberkesanan dan sambutan yang diterima.

Empat produk ekslusif beliau yang dikeluarkan ialah Raudhah Healthy, Umar, Adam Dan Hawa dan Beauty Umaira yang digelarnya sebagai makanan tambahan.

Baginya sebagai peniaga, beliau mesti jujur. Beliau tidak mementingkan duit semata-mata sebaliknya mengharapkan kesihatan pengguna dan kepercayaan mereka kerana beliau inginkan keberkatan. Oleh itu, beliau berdoa setiap hari agar pengguna produknya bertambah sihat dan sejahtera.

Print Friendly, PDF & Email

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

One comment

  1. Hi nama saya lam soon dari klang Selangor ada masalah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: