Langgan newsletter kami!
Khai Bahar Bayang

Biodata Khai Bahar, Raja Smule Malaysia

Tiada siapa menyangka daripada hanya menyanyi secara suka-suka, Khai Bahar kini telah bergelar artis. Malah beliau juga telah menghasilkan lagu single yang juga telah menjadi hits di radio-radio Malaysia malahan juga di Indonesia berjudul ‘Bayang’. Inilah dia Khai Bahar yang lebih sesuai digelar ‘Raja Smule Malaysia’. Sejak applikasi SMULE diperkenalkan di telefon bimbit, populariti Khai Bahar meningkat saban hari dan yang paling diingati adalah lagu ‘Memori Berkasih’ hasil duet antara Khai Bahar dan Siti Nordiana.

Di samping bersuara emas, Khai Bahar juga memiliki susuk tubuh yang tampan. Jadi tidak hairanlah ramai anak muda dan remaja amat menggilai beliau. Kumpulan peminat beliau dikatakan bukan setakat di Malaysia malahan sudah terkenal di Indonesia, Singapura dan Brunei. Tidak hairanlah, Khai Bahar dikhabarkan akan mengadakan siri jelajah persembahan di negara-negara tersebut.

 

Biodata Khai Bahar

Foto Khai Bahar Gambar Khai Bahar Smule

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: