Langgan newsletter kami!
Kumpulan Viral

Biodata Kumpulan Viral (Amzar & Amsyar), Duo Kembar Popular

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Pepatah Melayu itu barangkali signifikan dalam menterjemahkan peluang rezeki buat duo pasangan kembar yang lebih dikenali sebagai Viral.

Siapa sangka video nyanyian cover lagu dari Nana Shime berjudul Hantu Atau Buaya yang dimuatnaik di instagram mereka pada tahun 2015 membuka pintu rezeki apabila dilamar oleh pemilik label Octave Records, DJ Fuzz sebagai artis rakaman.

Sejak itu, jenama kumpulan ini mula meroket dalam industri seni hiburan tanah air. Jom kita berkenalan lebih dekat dengan duo popular yang berasal dari negeri Pahang ini.

Biodata Amzar Viral

  • Nama Penuh: Ahmad Amzar Ahmad Sabri
  • Nama Komersil: Amzar Viral
  • Tarikh Lahir: 15 November 1996
  • Umur: 21 Tahun (2017)
  • Zodiak: Scorpio
  • Asal: Kuantan, Pahang
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Penyanyi dan Penulis Lirik

Biodata Amsyar Viral

  • Nama penuh: Ahmad Amsyar Ahmad Sabri
  • Nama Komersil: Amsyar Viral
  • Tarikh Lahir: 15 November 1996
  • Umur: 21 Tahun (2017)
  • Zodiak: Scorpio
  • Asal: Kuantan, Pahang
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Penyanyi dan Penulis Lirik

Lagu/Single: Buat Macam Ni, Biasa (berduet dengan Zahid), Oh No (berduet dengan Tasha Manshahar), Aku Bukan Romeo, Sentuh Hatiku, Kau Yang Ku Cari, Kumbang Dan Bunga (berduet dengan Wani Kayrie), Imam Mudaku (berduet dengan Wan Azlyn), Dua Dunia (berduet dengan Waris) dan banyak lagi.

Trivia Menarik Kumpulan Viral

  1. Merupakan adik-beradik kembar yang mana Amzar merupakan abang manakala Amsyar pula adik.
  2. Amzar merupakan seorang yang periang dan peramah manakala Amsyar membawa personaliti pendiam dan pemalu.
  3. Mula aktif dalam bidang muzik sejak berusia 15 tahun lagi.
  4. Berbakat besar dalam penulisan lirik dan lagu di mana duo berkenaan turut menghasilkan lagu-lagu tema seperti Anugerah Meletop, Kami Gempak Superstar dan AgeTech (produk kecantikan).
  5. Turut menulis lirik buat Ernie Zakri (Jangan Marah), Nana Sheme (Boleh Blah) dan Farah Farhanah (Sampai Jannah).
  6. Merupakan artis pertama di bawah label Octave Records.
  7. Melancarkan album pertama berjudul Sentuh Hatiku pada 15 November 2016 yang memuatkan sembilan buah lagu dan diedarkan menerusi Suria Records (SRC).
  8. Sebelum bergelar artis profesional, Viral aktif busking di sekitar Kuala Lumpur sebagai pemuzik jalanan.
  9. Viral Super Fam merupakan nama kelab peminat kumpulan Viral.
  10. Mempunyai hampir 30,000 pengikut di Instagram miliknya.

Kumpulan Viral Bersama Wani

Viral Dan Juzzthin

Kumpulan Viral

Tasha Manshahar Oh No Featuring Kumpulan Viral

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: