Biodata Luna Maya, Artis Cantik Serba Boleh Kebanggaan Indonesia

Gambar Luna Maya Eksotik

Luna Maya, satu jenama yang tidak asing lagi di arena seni hiburan Indonesia, Malaysia dan Singapura. Bukan sahaja cantik bak bidadari, pemilik nama sebenar Luna Maya Sugeng merupakan selebriti wanita yang versatil dan mempunyai karisma tersendiri.

Sebelum bergelar pelakon popular, figura berbintang Virgo ini menguak pintu seni hiburan sebagai seorang peragawati. Jangan buang masa, jom kita berkenalan dengan lebih rapat dengan juri tetap Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017 ini.

Biodata Luna Maya

  • Nama Sebenar: Luna Maya Sugeng
  • Nama Artis: Luna Maya
  • Tarikh Lahir: 26 Ogos 1983
  • Umur: 34 Tahun (2017)
  • Asal: Denpasar, Bali, Indonesia
  • Zodiak: Virgo
  • Keluarga: Anak bongsu daripada dua adik-beradik
  • Agama: Islam
  • Keturunan: Berdarah campuran Jawa- Austria
  • Warganegara: Indonesia
  • Kerjaya: Pelakon, Penyanyi, Model, Pengacara, Pengarah dan Usahawan
  • Sinetron: Rahasiaku, Dunia Tanpa Koma, Ada Cinta, Anggun, Cinta Memang Gila, Cahaya Surga, Dewi, Nada Cinta dan Putri Duyung.
  • Filem: 30 Hari Mencari Cinta, Brownies, Cinta Silver, Jakarta Undercover, Pesan Dari Surga, Cinta Stroberi, Janda Kembang, Hi5teria, Cinta Di Saku Celana dan My Blackberry Girlfriend.
    Lagu: Paranoid (duet bersama Dato Ac Mizal), Sudah Biasa, Tak Bisa Memilihmu, Menuju Surga Mu dan Play (duet Dewi Sandra).
  • Facebook: @officiallunamaya
  • Twitter: @lunamaya26
  • Instagram: www.instagram.com/lunamaya
  • Snapchat: luna_maya
  • Website: www.lunahabit.com

Perkara Menarik Tentang Luna Maya

  • Sedar atau tidak, Luna Maya telah menceburi dunia seni hiburan selama 18 tahun.
  • Memiliki restoran makanan Asia dan Barat yang dikenali sebagai Warung WaLuMa (singkatan daripada ‘Warung Luna Maya’) yang terletak di Kebayoran, Jakarta Selatan.
  • Tahun 2017 merupakan tahun kedua Luna Maya sebagai Juri Maharaja Lawak Mega (MLM). Pertama kali mengalas tugasan ini pada MLM 2013.
  • Pernah menjadi penyeri kepada video klip penyanyi popular Indonesia seperti Sheila On Seven (Sahabat Sejati), Ari Lasso (Aku Harus Pergi dan Arti Cinta), Glenn Fredly (Kisah Romantis), Melly Goeslaw (Gantung) dan Ressa Herlambang (Cinta Suci)
  • Pernah disenaraikan dalam senarai selebriti kaya Indonesia oleh Majalah Globe Asia pada 2008.
  • Mewakili pasukan Indonesia di Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China sebagai pembawa obor.
  • Namanya pernah dicalit kontroversi hitam berkaitan video pornografi bersama bekas kekasihnya, Ariel Noah.
  • Pintu Harmonika merupakan filem pertama arahannya.
  • Antara pencapaian terbaik Luna Maya sebagai anak seni adalah Most Wanted Actress 2013 sempena sambutan ulang tahun ketiga Hello! Indonesia, Artis Terfavorit 2009 Pilihan Pembaca Majalah Gadis, Bintang Paling Berkilau 2009 (Tabloid Bintang Indonesia) dan Artis Wanita Favorit di Indonesia Kids Choice Award 2009.
  • Mempunyai hampir 12 juta pengikut di Instagram miliknya.

Foto Luna Maya Selfie Bersama Peminat Cilik

Foto Terbaru Luna Maya

Gambar Luna Maya Eksotik

Gaya Rambut Luna Maya Di Red Carpet

Luna Maya Cantik Dengan Gaya Kasual

Luna Maya Kebanggan Indonesia


Carian Berkaitan
Luna maya bersama pelakon duyung, nama juri maharaja lawak mega 2017

Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Luna Maya #Juri Maharaja Lawak Mega 2017 #Luna Maya Biodata #Luna Maya Profile #Selebriti Indonesia

Biodata Syafiqah Aina, Instafamous dan Pemilik Kosmetik NSA Beau
Siapa Syafiqah Aina? Beliau adalah selebriti Instagram yang pernah viral satu ketika dulu.
Biodata Asyraf Aley, Pelakon Muda Berbakat Bola Sepak
Kali ini kita semak biodata seorang lagi artis lelaki baru, seorang pelakon muda
Biodata Shuhanty Hanafiah, Gadis Comel Finalis DFKL
Siapakah Shuhanty Hanafiah? Gadis comel yang memiliki pakej lengkap bertubuh tinggi lampai dan wajah
Biodata Aweera, Kembali Dengan Band Pelita Lusoh
Aweera adalah seorang penyanyi yang mana bakatnya dicungkil menerusi program realiti TV One in

Leave a reply "Biodata Luna Maya, Artis Cantik Serba Boleh Kebanggaan Indonesia"