Langgan newsletter kami!
Foto Menarik Luqman Hafidz

Biodata Luqman Hafidz, Pelakon Ola Bola

Walaupun baru setahun jagung di persada seni hiburan tanah air, teraju utama filem pecah panggung, Ola Bola iaitu Luqman Hafidz semakin dikenali ramai. Selepas kejayaan Ola Bola, rezekinya mencurah-curah bukan sahaja dalam dunia lakonan semata-mata malahan bidang pengacaraan.

Selain sibuk menjalani pengambaran drama dan telefilem, anak jati Selangor ini turut menjadi pengacara program terbitan RTM iaitu Rentak Juara (RJ) 2017 bersama pelakon drama Hati Perempuan, Nadzmi Adhwa yang bersiaran setiap Sabtu bermula 9.00 malam di TV2.

Jom kita berkenalan dengan pemuda yang aktif bermain bola sepak ini.

Biodata Luqman Hafidz

  • Nama Penuh: Muhammad Luqman Hafidz Bin Mohd Fauzi
  • Nama Artis: Luqman Hafidz
  • Tarikh lahir: 1991
  • Umur: 26 Tahun (2017)
  • Asal: Ampang, Selangor
  • Keluarga: Anak sulung dari empat adik-beradik
  • Status: Bujang
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: pelakon, Pengacara dan Pemain Bola Sepak
  • Hos Tv: Rentak Juara 2017 (RTM), Selera Bajet (HyppTV) dan Hadith (TV9)
  • Darama/Telemovie: Chor& Chah, Megat Extend Kampus, Hisyam & Hantutiyers, Sayang Papa Saya Tak dan Mr Tanda Soal
  • Filem: Ola Bola
  • Facebook: facebook.com/luqmanhafidz10
  • Twitter: twitter.com/luqmanhafidz111
  • Instagram: instagram.com/luqmanhafidz10

Trivia Menarik Luqman Hafidz

  • Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
  • Aktif bermain bola sepak termasuklah mewakili universiti ke liga sosial.
  • Pernah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Kejohanan dalam pertandingan YB Khairy Jamaluddin Cup yang telah diadakan di UIAM beberapa tahun lalu.
  • Ola Bola merupakan filem pertamanya dan memperkenalkan dirinya di dunia seni hiburan tempatan.
  • Merupakan duta kepada produk penjagaan wajah lelaki, Garnier Men.
  • Sejak bergelar selebriti, Luqman Hafidz menguruskan perjalanan kariernya sendiri tanpa menggunakan khidmat pengurus peribadi (PA).
  • Mahir bermain alat muzik seperti piano, ukelele dan gitar serta berkebolehan menyanyi.
  • Pernah mewakili negeri dalam permaian catur.
  • Obses dengan Shah Rukh Khan dan menonton semua filem lakonan Raja Bollywood itu.
  • Sukakan wanita yang pandai berdikari, pandai jaga diri dan berintelektual.
  • Suka mengembara (kaki travel).
  • Mempunyai hampir 50,000 pengikut di Instagram miliknya.

Gaya Luqman Hafidz Berbaju Melayu Lengkap

Luqman Hafidz Bermain Ukulele

Luqman Hafidz Bersama Emma Maembong

Luqman Hafidz Dalam Filem Ola Bola

Luqman Hafidz Dan Ahli Keluarganya

Luqman Hafidz

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: