Langgan newsletter kami!

Mark Adam, Artis Dari Filipina Yang Menempa Nama Di Malaysia

Biodata Mark Adam

  • Nama Penuh: Fikri Adam Mark bin Abdullah
  • Umur: 37 tahun (tahun 2016)
  • Asal: Filipina
  • Tarikh lahir : 15 Oktober 1979
  • Isteri: Norazah Redzuan (37 tahun)
  • Lagu Popular: Pencuri, Si Katak dan Marry Me

Media Sosial Mark Adam

  • Instagram: @markadam1079

Fakta Menarik Tentang Mark Adam

  • Mark Adam mula menyanyi pada usia 8 tahun, dan telah memenangi pertandingan nyanyian peringkat kebangsaan di Filipina ketika berusia 12 tahun.
  • Beliau seringkali berkongsi kehidupan keluarganya di Filipina yang dihimpit kemiskinan. Pernah suatu ketika dahulu dia sekeluarga terpaksa menetap di kawasan setinggan yang rumahnya berlantaikan pasir di Cebu City, Filipina.
  • Setelah berhijrah dan kini mendapat kerakyatan Malaysia, Mark Adam telah menjadi artis di bawah naungan Mixology Music, iaitu di bawah kelolaan DJ Fuzz.
  • Di samping menyanyi, beliau bekerja sebagai seorang guru vokal di The Singing Shop, Petaling Jaya dan telah melahirkan ramai pelajar berbakat di bawahnya termasuklah Asmidar dan Mizz Nina.
  • Mark Adam telah memeluk agama Islam pada tahun 2002. Beliau sering kali teringat kenangan lucu sewaktu pertama kali berpuasa kerana dia seakan tidak boleh berpisah dengan peti sejuk.
Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

2 comments

  1. Mark Adam ni memang kelakar bila dengar dia bercakap bahasa melayu. Kalau time menyanyi ok pulak.

  2. Yup! masa bersembang kelakar cara dia bercakap kalau menyanyi ok je

Leave a Reply to Kerja sendiri Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: