Biodata Maya Karin, Artis Malaysia Yang Dibesarkan di Indonesia

Comel Sungguh Maya Karin Bertudung

Maya Karin adalah satu nama besar dalam industri hiburan di Malaysia. Nama beliau mula dikenali sebagai seorang penyanyi dengan album sulung, Erti Cinta pada 2002. Namun kini bintang Maya Karin lebih bersinar dalam bidang lakonan dengan pelbagai filem lakonannya mencatat kutipan box-office antaranya Ombak Rindu, Pontianak Harum Sundal Malam dan Lagenda Budak Setan.

 

Biodata Lengkap Maya Karin
  • Nama Penuh: Maya Karin Roelcke
  • Nama Popular: Maya Karin
  • Tarikh Lahir: 29 Oktober 1979
  • Tempat Lahir: Bayreuth, Bavaria, Jerman
  • Umur: 37 Tahun (2016)
  • Keturunan: Kacukan Jerman-Melayu (bapa adalah warga Jerman dan ibu warga Malaysia) serta China dan India.
  • Agama: Islam
  • Status Perkahwinan: Janda (Bekas suami bernama Steven David Shorthose, atau nama Islamnya Muhammad Ali)
  • Adik-beradik: Anak sulung daripada tiga adik-beradik (adik lelakinya bernama Armin dan adik perempuannya bernama Irina)
  • Ibubapa: Gottfried Roelcke (bapa), Che Zan (Ibu)
  • Pendidikan:
    – Sekolah Antarabangsa Bandung, Indonesia
    – Kolej Sunway, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
    – Bidang media dan pemasaran dari Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (1998).
  • Pekerjaan: Pelakon, Penyanyi, Model, Pengacara dan Duta Produk
  • Album: Erti Cinta (2001), Bukan Qalamaya (2004), Teka-Teki (2014)
  • Filem: Seri Dewi Malam, No Problem, Pontianak Harum Sundal Malam, Pontianak Harum Sundal Malam II, Mr Cinderella 2, Tujuh Perhentian, Waris Jari Hantu, Anak Halal, 1957: Hati Malaya, Duyung, Punggok Rindukan Bulan, Lagenda Budak Setan, Pisau Cukur, Cun, Ombak Rindu, Lagenda Budak Setan 2, Lagenda Budak Setan 3, Jwanita, Sejoli: Misi Cantas Cinta, Nota
  • Instagram Maya Karin: https://www.instagram.com/maya_karin
  • Twitter Maya Karin: https://twitter.com/maya_karin
  • Wikipedia Maya Karin: https://ms.wikipedia.org/wiki/Maya_Karin

 

Fakta Menarik Tentang Maya Karin
  • Maya Karin pernah tinggal dan dibesarkan di Bandung, Indonesia sejak berumur 2 tahun hingga 17 tahun. Beliau pernah bersekolah di Sekolah Antarabangsa Bandung ketika itu.
  • Disebabkan lama tinggal di Indonesia, sehingga kini dialek dan loghat Indonesia masih sukar dikikis daripada percakapan Maya Karin walaupun telah lama berpindah ke Malaysia.
  • Ketika zaman kanak-kanak, Maya Karin sering terlibat dengan pelbagai aktiviti lasak. Ini kerana bapanya, Gottfried Roelcke adalah ahli geologi yang selalu membawa Maya Karin menyertai aktiviti beliau.
  • Malah, ketika berusia setahun Maya Karin pernah berjalan lebih daripada satu kilometer dan belajar berenang seawal usia 2 tahun.
  • Maya Karin berkahwin dengan seorang guru berbangsa Itali, Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali Abdullah di Villa Corte de Lago, Bellagio, Itali pada 14 Ogos 2008. Majlis resepsi mereka diadakan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) pada 26 Ogos 2008.
  • Namun jodoh pasangan ini tidak berkekalan apabila bercerai talak satu pada 16 Julai 2010 setelah mendapat persetujuan bersama untuk bercerai daripada mahkamah syariah.
  • Untuk tahun 2016, Maya Karin ingin kembali aktif dalam kerjaya nyanyian dan telah muncul dengan single terbaru ‘Serik Dengan Cinta’. Walaupun judul single tersebut menimbulkan sedikit kontroversi namun Maya Karin menegaskan yang ianya tiada kena mengena dengan dirinya dan bersifat kebetulan sahaja.

Maya Karin Dengan Solekan Make Up Nipis

Maya Karin Semasa Melancong Ke Sahara Desert Dan Morocco Trip

Fesyen Bertudung Maya Karin Ala Gadis Kampung

Foto Maya Karin Bertudung

Maya Karin Bertudung Semasa Ke Mahkamah Menguruskan Perceraian Dengan Muhamaad Ali

Maya Karin Dengan Fesyen Muslimah Dalam Ombak Rindu

Maya Karin Selepas Menonton Jwanita

Aaron Aziz Dan Maya Karin Dengan Imej Bertudung


Carian Berkaitan

biodata maya karin, agama maya karin, maya karin biodata, maya karin

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website


Artikel Berkaitan

Tags: #biodata maya karin #maya karin bertudung cantik #maya karin profile

Biodata Usop Mentor Milenia 2017
Biodata Usop Mentor | Berbekal semangat tidak mudah putus asa, jejaka bernama Muhammad
5 Artis Malaysia Yang Berasal Dari Johor
Jika sebelum ini penulis berkongsi mengenai artis Malaysia yang berasal dari Felda, Kelantan, Sabah
Biodata Nursyafiq Farhain, Anak Saleem Iklim Yang Viral Di Media Sosial
Biodata Anak Saleem Iklim | Ke mana tumpahnya kuah, kalau bukan ke nasi.
Biodata Issey Fazlisham, Host Mentor Milenia
Pesona bintang pelawak dan pelakon bernama Issey Fazlisham ini semakin bersinar di persada

Leave a reply "Biodata Maya Karin, Artis Malaysia Yang Dibesarkan di Indonesia"