Biodata Mel, Juara Rockanova 2017

Foto Mel Malisa J

Tahniah diucapkan kepada Mel kerana dinobatkan sebagai juara Rockanova 2017 yang telah berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras. Figura cantik ini berjaya menewas tiga pesaing hebat iaitu Azmi Khan Setapar (Azmi), Zarith Sofia Mohd Yasin (Zarith) dan Sri Diana Amir Bashah (Dian).

Hasil kemenangan itu, anak kelahiran Johor ini membawa pulang wang tunai sebanyak RM80,000 berserta trofi. Di pentas akhir, Mel menyanyikan lagu berjudul Bintang Kehidupan nyanyian asal Nicky Astria dan lagu duet iaitu Total Eclipse Of The Heart bersama Dian.

Untuk info, Rockanova merupakan rancangan realiti nyanyian yang mencari bakat penyanyi rock serta disiarkan menerusi saluran Astro Prima 105 dan Astro Maya HD 135 selama lapan minggu.

Biodata Mel Rockanova

  • Nama Penuh: Malisa Janudin
  • Nama Komersil: Mel Rockanova / Mel
  • Tarikh Lahir: 22 Februari 1984
  • Umur: 33 Tahun (2017)
  • Zodiak: Pishes
  • Asal: Johor Bahru, Johor
  • Kerjaya: Penyanyi
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Facebook: facebook.com/malisaj8
  • Twitter: twitter.com/melrockanova
  • Instagram: @mel_rockanova

Trivia Menarik Mel Rockanova

  1. Pernah menyertai program nyanyian, Malaysia Idol (MI) musim kedua.
  2. Mel pernah mengeluarkan album studio sekitar 2002 berjudul Malisa.
  3. Berimej rambut panjang sehingga paras pinggul ketika di awal kemunculannya dalam industri seni hiburan negara.
  4. Sebelum dikenali dengan Mel Rockanova, figura ini pernah menggunakan nama pentas iaitu Malisa dan Malisa J.
  5. Merupakan vokalis wanita bagi kumpulan nyanyian NRG Band yang seringkali membuat persembahan di Live House, TREC KL, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur setiap hari Jumaat dan Sabtu.
  6. Selain bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, Mel juga boleh menyanyi dalam bahasa Cina.
  7. Pernah menjuarai pertandingan menyanyi seperti Bintang Gempaq URTV 2000, Pepsi Star Talent, Bintang Bandaraya Johor Bahru, Bintang Radio Ria Singapura, Bakat Bintang Media Hiburan dan banyak lagi.
  8. Memiliki koleksi rambut palsu yang pelbagai stail.
  9. Muzik Mel banyak dipengaruhi oleh kumpulan rock antarabangsa, Guns N’ Roses dan ACDC.

Poster Mel Rockanova

Pemenang Rockanova Mel Atau Malisa J

Mel Rockanova

Mel Rockanova Dan Awie

Gaya Mel Rockanova

Foto Mel Rockanova


Carian Berkaitan

mel rockanova biodata, biodata mel rockanova, biodata azmi rockanova, biodata dian rockanova

Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Mel Rockanova #Malisa Janudin #Mel Rockanova #Rockanova 2017

Biodata Karl Shafek, Pengacara CJ Wow Shop
Biodata Karl Shafek | Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran satu masa dahulu, membuka
5 Chef Selebriti Malaysia Popular Masa Kini
Siapa kata jadi tukang masak atau chef tidak boleh popular. Chef Wan, Chef
Biodata Fadza Anuar, Suami Vivy Yusof dan CEO FashionValet.com
Jika anda peminat setia program Love, Vivy yang ditayang di Astro Ria 104,
Biodata Johan Raja Lawak, Pelawak Versatil Popular
Selepas menyertai program Raja Lawak musim pertama, jenama Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz

Leave a reply "Biodata Mel, Juara Rockanova 2017"