Biodata Mimi Lana, Aktres Cantik Kelahiran Perak

Mimi Lana Dalam Drama Dodol Untuk Menantu

Biodata Mimi Lana. Jika anda penggemar drama-drama tempatan, pastinya mengenali aktres cantik molek bernama Mimi Lana ini. Namanya mula dikenali selepas membintangi drama bersiri popular berjudul Sein Dan Luna yang telah ditayangkan pada tahun 2016.

Sejak itu, wajah figura kelahiran Perak mula menghiasi pelbagai drama dan telefilem tempatan. Terbaharu, drama bersiri 50 episod lakonannya iaitu Cinta Koko Coklat bakal ditayangkan di slot Samarinda di TV3 tidak lama lagi.

Jom kita berkenalan dengan gadis tinggi lampai berbakat ini.

Biodata Mimi Lana

  • Nama Penuh: Mimi Roziana Zainal Abidin
  • Nama Panggilan: Mimi Lana
  • Tarikh Lahir: 21 November 1995
  • Umur: 21 Tahun (2017)
  • Asal: Taiping, Perak
  • Keluarga: Anak kedua daripada tiga adik-beradik
  • Status: Bujang
  • Kerjaya: Pelakon dan Model
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Drama/Telefilem: Papa Chef, Cinta Jannah, Kisah Cinta, Airmata Xinjiang, Sekali Aku Jatuh Cinta, Sein dan Luna (2016), Cinta Koko Coklat (2017), Halalkan Hati Yang Ku Curi (2018)
  • Facebook: facebook.com/mimilanapage
  • Twitter: twitter.com/missmimilana
  • Instagram: instagram.com/missmimilana
  • Wikipedia: ms.wikipedia.org/wiki/Mimi_Lana

Trivia Menarik Mimi Lana

  1. Merupakan finalis Dewi Remaja 2014/2015.
  2. Aktif berlakon sejak tahun 2013.
  3. Dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon kacak, Syafiq Kyle.
  4. Pernah direman pihak polis selama 11 hari pada tahun 2015 di atas dakwaan memiliki dan mengedar ganja. Walaubagaimanapun, Mimi terbukti tidak bersalah.
  5. Atas peristiwa hitam itu, namanya pernah digam oleh beberapa stesen televisyen tempatan.
  6. Sejak peristiwa itu juga, Mimi kini lebih berhati-hati apabila memilih kawan.
  7. Lebih selesa berkawan dengan lelaki berbanding wanita.
  8. Dikatakan memiliki wajah seiras pelakon wanita popular Filipina, Angelica Panganiban.
  9. Suka melancong dan mencuba menu makanan baru.
  10. Mempunyai lebih 100,000 pengikut di Instagram miliknya.

Aksi Mesra Mimi Lana Dan Syazuwan Hassan

Cantiknya Mimi Lana Bertudung

Mimi Lana Dan Ibunya

Mimi Lana Dan Syazuwan Hassan Dalam Drama Sein Dan Luna

Mimi Lana Dan Syazuwan Hassan Pakai Baju Sekolah

Mimi Lana Dalam Drama Dodol Untuk Menantu


Carian Berkaitan
biodata mimi lana, mimi lana, adik beradik mimi lana, mimi lana ig

Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Mimi Lana #Mimi Lana #Mimi Lana Biodata #Profil Mimi Lana

Biodata Instafamous Kembar – Eira Tajudin & Eika Tajudin
Siapa tak kenal gadis comel bernama Eira Tajudin dan Eika Tajudin ini. Gadis
Biodata Cupcake Aisyah, Vlogger Comel Serba Boleh
Siapakah Cupcake Aisyah? Gadis comel ini adalah seorang instafamous dan vlogger popular. Memiliki
Biodata Sharifah Rose Sabrina, Instafamous Cantik Bertudung
Siapakah Sharifah Rose Sabrina? Adakah beliau setanding dengan seorang lagi instafamous yang popular
Biodata Taufiq Hanafi, Pelakon Berasal Dari Pontian
Siapa dia pelakon Taufiq Hanafi ini? Dalam kemunculan terbaru di kaca TV, Taufiq Hanafi

Leave a reply "Biodata Mimi Lana, Aktres Cantik Kelahiran Perak"