Langgan newsletter kami!
Nadiyah Shahab Digelar Song Ji Hyo Malaysia

Biodata Nadiyah Shahab, Pelakon Cantik Berasal Dari Singapura

Siapa sebenarnya gadis cantik bernama Nadiyah Shahab ini? Nadiyah Shahab adalah seorang pelakon baru yang mula mencuri perhatian menerusi drama bertajuk Encik Suami Mat Salih Celup. Buah tangan terbaharu beliau adalah sebagai pelakon sampingan dalam drama berjudul ‘Mr. Hijab’ yang disiarkan melalui Slot Iris TV3.

Sebelum bergelar pelakon, Nadiyah Shahab lebih dikenali sebagai Freelance Model dan juga host untuk rancangan travel ‘Lost At Sea’ yang ditayangkan di saluran Go ASEAN (Astro Channel 737). Dalam rancangan itu, beliau menjelajah dan mengembara ke beberapa bandar dan destinasi utama pelancongan antaranya Myanmar, Filipina, Kemboja, Jogyakarta, Sulawesi Indonesia dan Sarawak.

Biodata Nadiyah Shahab

  • Nama Penuh: Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab
  • Nama Komersial: Nadiyah Shahab
  • Tarikh Lahir: 29 Mei 1991
  • Umur: 26 Tahun (2017)
  • Asal: Singapura
  • Bintang: Gemini
  • Pendidikan: Jurusan Undang-undang dari Universiti of London, Singapura
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Singapura
  • Keluarga: Anak sulung dari 2 adik-beradik
  • Kerjaya: Pelakon, Model, Pengacara
  • Drama: Encik Suami Mat Salih Celup, Mr. Hijab (2017)
  • Program TV: Lost At Sea
  • Facebook: @Nadiyah-Shahab
  • Instagram: @nadiyah.shahab
  • Twitter: @nadiyah_shahab

Fakta Menarik Tentang Nadiyah Shahab

  • Akaun Instagram Nadiyah Shahab pernah digodam dan beliau terpaksa membayar wang berjumlah RM660 untuk mendapatkan kembali akses tersebut.
  • Pernah dipaparkan dalam Majalah Esquire dalam artikel yang bertajuk ‘The Women We Love of Instagram’ kerana mempunyai pengikut Instagram yang ramai dalam masa yang singkat.
  • Ramai yang bertanyakan tentang agama Nadiyah Shahab, tentunya beliau beragama Islam.
  • Pernah digelar sebagai Song Ji-hyo Malaysia disebabkan kecantikan yang dimilikinya.

Fesyen Muslimah Artis Nadiyah Shahab

Nadiyah Shahab Berhijab

Nadiyah Shahab Bertudung

Nadiyah Shahab Cantik Bak Anak Patung

Nadiyah Shahab Digelar Song Ji Hyo Malaysia

Nadiyah Shahab Gadis Cantik Singapore

Photoshoot Hijab Nadiyah Shahab

Pose Istimewa Menggoda Nadiyah Shahab

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: