Langgan newsletter kami!
Nadzmi Adhwa

Biodata Nadzmi Adhwa, Pelakon Baru Berambut Kerinting

Drama bersiri popular iaitu Hati Perempuan yang ditayangkan di TV3 menerusi slot Akasia sedikit sebanyak membuka pintu rezeki buat pelakon baru, Nadzmi Adhwa ke dunia seni hiburan tanah air.

Figura yang popular dengan imej berambut kerinting ini turut tidak mensia-siakan bakat terpendamnya dengan melebarkan sayap dalam bidang seni suara dan pengacaraan. Terbaharu, anak jati Kuala Lumpur ini mengendalikan program terbitan RTM iaitu Rentak Juara bersama bintang filem Ola Bola, Luqman Hafidz yang bersiaran setiap Sabtu bermula 9.00 malam di TV2.

Jom kita berkenalan dengan jejaka yang berwajah babyface ini.

Biodata Nadzmi Adhwa

  • Nama Penuh: Nadzmi Adhwa Nor Adzmi
  • Nama Komersil: Nadzmi Adhwa/ Adhwa
  • Tarikh Lahir: 6 November 1992
  • Umur: 25 Tahun (2017)
  • Asal: Kuala Lumpur
  • Keluarga: Anak kedua daripada empat adik-beradik.
  • Kerjaya: Pelakon, Penyanyi, Model Sambilan dan Usahawan
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Kelab Peminat: AdhwaRizado
  • Drama TV: Hati Perempuan, Kifarah Mistik, Cinta Rollercoaster, Namaku Bedah dan Biar Biola Berbicara
  • Telefilem: Tollgate Asmara, Jalan Taubat, Cik Misi, Jodoh Ke Uolls, Jejaka Terhangat Di Pasaran, Jangan Ambil Botol Itu dan Bila Bella Mencari Cinta
  • Filem: Langit Cinta
  • Host: Jalan-Jalan Makan Angin, Rentak Juara 2017 dan Bila Bujang Masuk dapur
  • Facebook: https://www.facebook.com/Nadzmi-Adhwa-1600579766898124/
  • Twitter: @nadzmiadhwa
  • Instagram: www.instagram.com/nadzmiadhwa
  • Wikipedia: ms.wikipedia.org/wiki/Nadzmi_Adhwa

Perkara Menarik Tentang Nadzmi Adhwa

  1. Gaya rambutnya yang kerinting turut disamakan dengan pelakon popular Korea, Lee Min Hoo dan penyanyi hebat tempatan, Hafiq Suip.
  2. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Multimedia dan Grafik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Selangor.
  3. Menjalankan bisnes dengan menjual biskut di bawah jenama Nadz Cookies.
  4. Sambal tumis ikan bilis petai pedas merupakan makanan kegemarannya.
  5. Pernah mengalami kecederaan di mana tangannya patah beberapa tahun lalu.
  6. Datuk Rosyam Nor merupakan idolanya dalam seni lakon.
  7. Fobia dengan serangga.
  8. Watak antagonis dan psiko merupakan watak idamannya.
  9. Keluarganya mempunyai bisnes katering yang kini diuruskan oleh abangnya.
  10. Pernah bergelar guru sandaran di dua buah sekolah rendah selama enam bulan di Wangsa Maju dan dua bulan di Bukit Damansara di mana beliau mengajar bahasa Malaysia, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Moral.
  11. Sebelum berlakon, Nadzmi pernah melakukan pelbagai pekerjaaan seperti menjual ikan bilis dan tudung kerana suka mencari duit poketnya sendiri.
  12. Single pertamanya iaitu Kaulah Wanita menjadi lagu runut bunyi OST bagi drama Cinta Rollercoaster.
  13. Bakal mengeluarkan single keduanya berjudul Cinta Setia berduet bersama penyanyi baru, Mia Henry.
  14. Turut menghadiri kelas lakonan bagi membaiki mutu lakonannya
  15. Menjadi penyeri untuk video klip muzik Ila Darmia berjudul Rahsia.
  16. Mempunyai hampir 600,000 pengikut di Instagram, lebih 40,000 di Twitter dan kira-kira 28,000 di Facebook miliknya.

Gaya Rambut Kerinting Nadzmi Adhwa

Nadzmi Adhwa Bersama Pelakon Drama Namaku Bedah

Nadzmi Adhwa Dan Host Rentak Juara 2017

Nadzmi Adhwa Jadi Pengemis

Pelakon Nadzmi Adhwa

Gambar Nadzmi Adhwa

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: