Langgan newsletter kami!
Gambar Pelakon Cilik Nik Adam Mika

Biodata Nik Adam Mika, Pelakon Cilik Popular

Biodata Nik Adam Mika | Kecil-kecil cili padi! Pepatah Melayu ini sangat sesuai buat pelakon kanak-kanak yang semakin dikenali ramai iaitu Nik Adam Mika.

Meskipun masih muda, aktor cilik ini mempunyai bakat yang luar biasa dalam lakonannya sehingga memberi impak kepada para penonton.

Namanya mula mencuri perhatian apabila membintangi drama bersiri popular iaitu Suamiku Paling Sweet bergandingan dengan Syafiq Kyle dan Mawar Rashid yang telah ditayang di slot Akasia di TV3 tidak lama dahulu.

Biodata Nik Adam Mika

  • Nama Penuh: Nik Muhammad Adam MikaelĀ Bin Nik Mohd Adli
  • Nama Komersil: Nik Adam Mikael
  • Nama Panggilan: Adam
  • Tarikh Lahir: 2010
  • Umur: 7 Tahun (2017)
  • Keluarga: Anak sulung daripada dua adik-beradik
  • Kerjaya: Pelakon Kanak-kanak dan Model Kanak-kanak
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Drama/Telemovie: Suamiku Paling Sweet, Budak Ijat, Ketika Masa Terhenti, Biar Aku Jadi Penunggu, Syurga Tak Sempurna, Dia Semanis Honey, Tentang Hati 2, Mimi Amah Diva, Ayah Untuk Disewa, Kad Raya Dalam Kolong, Isteri Tuan Ihsan Raya, Dengan Beetle Kami Beraya Lagi, Wanita Terindah, Jasmine dan banyak lagi.
  • Iklan Komersil: MaxisOne Plan, Maxis Hotlink dan Dutch Lady
  • Facebook: www.facebook.com/nikadammika
  • Instagram: www.instagram.com/nikadammika

Trivia Menarik Nik Adam Mika

  1. Sebelum terjun ke dunia lakonan, Adam memulakan kariernya sebagai model kanak-kanak sejak berusia empat tahun.
  2. Lincah dalam memberikan pelbagai gaya menarik di depan kamera bak model berpengalaman.
  3. Turut digelar sebagai ikon fesyen kanak-kanak dan menjadi inspirasi buat si cilik di luar sana yang gemar berfesyen dan bergaya.
  4. Menganggotai kumpulan The Guerilla Kids (TGK) bersamaĀ Syafiq Nashrin dan Muhammad Rizqie.
  5. Diurus oleh papanya iaitu Nik Mohd Adli Nik Azlan, 32 yang merupakan seorang pensyarah Undang-Undang di sebuah universiti tempatan.

ā€œBiarpun Adam didedahkan dengan dunia glamor sebagai model ketika usianya masih kecil, saya tetap memastikan Adam bebas daripada sebarang perkara negatif yang mungkin akan berlaku pada dirinya kelak.” – ujar bapa kepadaĀ Nik Adam Mika

  1. Sebelum masuk ke set pengambaraan, Adam akan meminta pihak produksi memberikan skrip lebih awal kepadanya bagi membuat persediaan awal. Selalunya, proses pembacaan serta pemahaman skrip dan watak akan dibantu oleh papanya.
  2. Jika tidak terlibat dengan aktiviti seni lakon atau modeling, Adam lebih suka menonton program kartun di rumah dan bermain di taman permainan dengan kawan-kawannya.
  3. Mempunyai lebih 200,000 pengikut di Instagram miliknya.

Fesyen Nik Adam Mika

Gambar Pelakon Cilik Nik Adam Mika

Gaya Rambut Pelakon Kanak Kanak Nik Adam Mika

Nik Adam Mika Bergaya Bersama Sepupu Cilik Comel

Nik Adam Mika Bersama Pelakon Di Set Penggambaran Detak Cinta Stetoskop

Nik Adam Mika Dan Adiknya

Nik Adam Mika Pelakon Budak Ijat

Pelakon Kanak Kanak Nik Adam Mika Dan Mia Sara

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

One comment

  1. Penipu la Bapak dier pensyarah undang2. dulu sama batch ngan dier kat uitm, nak masuk thn law LLB pun tak lepas, result teruk. nak temberang jadi pensyarah konon.bikin malu jer. mengaku je la kerja engkau tu urus anak je.ni nak tumpang glamer anak la pulak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: