Langgan newsletter kami!
Gambar Nonny Nadirah

Biodata Nonny Nadirah, Aktres Cantik Kacukan Cina-Filipina

Biodata Nonny Nadirah | Sedar atau tidak, wanita bernama Nonny Nadirah sudah berkelana dalam arena seni hiburan tempatan hampir satu dasawarsa. Walaupun bakatnya dicungkil menerusi program realiti nyanyian Akademi Fantasia (AF5), tuah figura cantik manis ini lebih menjurus kepada seni lakonan. Kini beliau seringkali disogokkan dengan watak antagonis, namun tetap positif dan menganggapnya sebagai rezeki yang tertulis buat dirinya.

“Saya seronok bawa karakter jahat. Sebabnya, tidak semua pelakon yang mampu menjayakan watak tersebut. Memanglah ramai yang membenci sehinggakan ada yang memaki hamun saya di laman sosial. Malah, ada juga yang menjeling saya tatkala berjumpa, namun saya bersyukur kerana pihak penerbit mempercayai bakat saya dan penonton menyukai lakonan saya.” – Kosmo Online

Jom kita berkenalan lebih dekat dengan wanita berbintang Cancer ini.

Biodata Nonny Nadirah

  • Nama Penuh: Nonny Nazirah Zainuddin
  • Nama Komersil: Nonny Nazirah / Noni AF5 / Nonny AF5
  • Umur: 21 Julai 1989
  • Umur: 28 tahun (2017)
  • Asal: Kota Kinabalu, Sabah
  • Keluarga: Anak kelima daripada tujuh adik-beradik
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Sino-Native (Kacukan Cina-Filipina)
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Pelakon, penyanyi dan pengacara
  • Host: Opoto Bo! (Sedapnya)
  • Drama: Lara Terindah, Istikharah Cinta, Dia isteri Luar Biasa, Cinta Hati Abah, Romi Cinta Julia, Bidadari, Inikah Cinta, Bedah Motor dan banyak lagi.
  • Telefilem: Cik Sayur Encik Seafood, Papaku Rock, Bibik, Kau & Aku, Cafe Akhil Hayy, Band Orang Buta, Lukisan Takdir dan Aduhai Jiranku.
  • Lagu: Pesona
  • Facebook: https://www.facebook.com/Nonny
  • Twitter: https://twitter.com/nonnynadirah
  • Instagram: https://www.instagram.com/nonnynadirah

Trivia Menarik Nonny Nadirah

  1. Seorang yang ‘happy go lucky’, sentiasa ketawa dan bukan jenis yang suka duduk diam.
  2. Sebelum berlakon, Nonny merupakan peserta kelahiran program realiti, Akademi Fantasia (AF) musim kelima bersama-sama Mila Jirin, Aizat Hamdan, Dafi dan Heliza Helmi.
  3. Mempunyai hampir 200 ribu pengikut di Instagram.
  4. Sebelum Cik Non, Nonny mengelarkan dirinya sebagai Amoy di laman media sosial miliknya.
  5. Suka berswafoto (selfie).
  6. Pandai mengenakan solekan sendiri (belajar teknik solekan melalui saluran YouTube).
  7. Turut menjalan bisnes atas talian bernama Nonny Shoppy Shop yang menjual koleksi pakaian ready to wear.
  8. Ombak Rindu: Tiada Penghujung merupakan percubaan pertama Nonny di pentas teater.
  9. Pernah menjadi duta produk kecantikan Catalyna Skin Expert dan model tudung jenama Veracouture.
  10. Selain menyanyi, figura itu gemar melakukan aktiviti lasak seperti berlumba go-kart dan berbasikal.
  11. Menyertai program games show terbitan TV9 iaitu Lari: Misi Mr X (2016) bersama-sama Ain Endruce, Mark Adam, Nazrief Nazri dan Atu Zero.
Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: