Langgan newsletter kami!
Noor Nabila Header

Biodata Noor Nabila, Suri Hati Sharnaaz Ahmad

Bagaikan merpati dua sejoli, begitulah perumpamaan terbaik untuk menggambarkan betapa cocoknya pelakon drama Suamiku Encik Sotong, Sharnaaz Ahmad dengan wanita pilihan hatinya, Noor Nabila Md. Noor atau lebih mesra disapa Noor Nabila.

Dua tahun menyulam ceritera cinta, pasangan itu bakal melangsungkan perkahwinan pada 31 Mac 2017. Mereka akan disatukan di majlis pernikahan yang diadakan di kediaman Noor Nabila bertempat di Duta Tropika, Kuala Lumpur manakala majlis resepsi pihak lelaki bertempat di Hotel G, Gurney Plaza, Pulau Pinang pada 16 April nanti.

Berikut, kami kongsikan dengan anda biodata serta fakta menarik mengenai Noor Nabila yang bakal menjadi suri hati kepada pengacara Gempak Superstar itu.

 

Biodata Noor Nabila

 

Fakta Menarik Tentang Noor Nabila

  1. Merupakan kakak kepada pelakon, pengacara dan usahawanita hebat, Neelofa.
  2. Berketurunan Melayu (sebelah ayah), Pakistan dan Arab (sebelah ibunya).
  3. Pernah berkahwin pada Julai 2013, namun berpisah pada 2014.
  4. Hubungan mereka bermula selepas Nabila meminta adiknya, Neelofa untuk memperkenalkan dia dengan Sharnaaz. Bagaimanapun, selepas setahun, baharu dia membalas salam perkenalan itu.
  5. Menyifatkan Sharnaaz sebagai seorang lelaki yang diimpikannya iaitu pemaaf dan penyayang.

Tahniah diucapkan kepada Sharnaaz Ahmad dan pasangan. Semoga kekal bahagia ke anak cucu dan sentiasa dimurah rezeki.

Gambar Adik Beradik Noor Nabila Dan Neelofa Gambar Mesra Noor Nabila Dan Sharnaaz Ahmad Gambar Noor Nabila Bertudung Gambar Noor Nabila Dan Emak Neelofa Gambar Noor Nabila Dan Ibunya Manisnya Noor Nabila Berhijab Noor Nabila Ketika Mengerjakan Umrah Di Mekah Noor Nabila Selesai Pembedahan Sambil Ditemani Sharnaaz Ahmad

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: