Biodata Normalina Alias, Juara Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2017

Qariah Noramalina Alias Dari Malaysia Memperdengarkan Bacaan Ayat Suci Al Quran

Sekalung tahniah diucapkan buat qariah Malaysia iaitu Normalina Alias kerana merangkul gelaran juara bagi kategori wanita di Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) 2017. Memperolehi markah sebanyak 91.52%, anak jati Negeri Sembilan ini membawa pulang hadiah kepingan emas bernilai RM70,000, wang tunai sebanyak RM40,000 dan piala iringan. Sementara itu, qari Malaysia, Wan Fakhrul Razi Wan Mohamed meraih ditempat ketiga bagi kategori lelaki.

Menurut beliau, pada tilawah itu beliau menggunakan sebuah al-Quran lama yang dihadiahkan datuknya ketika berumur lapan tahun dan menggunakannya sehingga kini walaupun kitab suci itu telah usang.

Untuk info, program kerohanian yang diadakan buat kali ke-59 ini telah disertai oleh lebih 50 buah negara termasuklah Brunei, Indonesia, Iran dan Nigeria. Ia¬†berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)¬†dan sesi penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Zahid Ahmad Hamidi.

Biodata Normalina Alias

  • Nama Penuh: Normalina Binti Alias
  • Tarikh Lahir: 1983
  • Umur: 34 Tahun (2017)
  • Asal: Negeri Sembilan
  • Kerjaya: Pensyarah
  • Status: Berkahwin
  • Nama Suami: Mohammad Helmy Jaafar
  • Nama Anak: Nur Alia Insyirah (6 Tahun)
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia

Trivia Menarik Normalina Alias

  1. Bertugas sebagai seorang pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
  2. Mengambil cuti sementara sebagai pensyarah sejak Ogos 2016 demi membuat persediaan dan latihan untuk menyertai pertandingan tilawah al-Quran.
  3. Memperuntukkan masa selama enam jam sehari untuk berlatih membaca dan menghafal al-Quran termasuklah empat jam sesi bersama guru pembimbing.
  4. Sebelum mewakili negara ke peringkat antarabangsa, Normalina yang mewakili Negeri Sembilan telah menjuarai Majlis Tilawah & Menghafal Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2017 yang diadakan di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
  5. Antara pencapaian cemerlangnya seperti Juara Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Kuala Lumpur 2013, Naib Johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Kuala Lumpur 2012 serta tempat ketiga Majlis Tilawah & Menghafal Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2010 dan 2009.

Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Normalina Alias #Normalina Alias #Qariah Normalina Alias

Arak dan Alkohol Dari Perspektif Hukum Islam
Perbezaan Arak dan Alkohol Tidak dinafikan bahawa alkohol atau lebih tepatnya, etanol adalah
Hibah: Harta Bercagar Atau Satu Perogolan Ilmu?
Ini dakwaan sesetengah pihak. Menurut pihak ini hanya harta yang bebas dari cagaran
Niat Solat 5 Waktu dan Solat Jumaat
Setiap solat atau sembahyang yang hendak dilakukan perlu dimulakan dengan niat tak kira
Hukum Puasa Sunat Jumaat Sahaja – Adakah Perlu Diiringi Puasa Khamis Atau Sabtu?
Memandangkan Ramadhan sudah berakhir, pasti ramai di antara kita yang ingin berpuasa sunat

Leave a reply "Biodata Normalina Alias, Juara Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2017"