Langgan newsletter kami!
Adik Nur Qistina Raisah

Biodata Nur Qistina Raisah, Pelakon Cilik Berbakat Besar

Semenjak kemunculan dalam drama popular Papa Ricky dengan membawa watak Alisya, nama Nur Qistina Raisah mula mencuri perhatian peminat seni tanahair. Pelakon kanak-kanak berbakat besar ini kelihatan tidak kekok membawakan wataknya dengan baik biarpun usia masih lagi muda. Beliau juga menganggap beraksi di depan kamera adalah suatu perkara yang menyeronokkan.

“Ketika berusia empat tahun, saya tidak tahu (lakonan), satu bidang kerjaya yang serius. Saya berpandangan ia sekadar aktiviti menyeronokkan dan cukup menghiburkan. Pembabitan awal bermula apabila saya ditawarkan oleh rakan ayah yang merupakan seorang penggiat seni. Ketika itu, saya dimaklumkan pelakon yang sepatutnya membawakan watak tersebut telah menarik diri kerana takut beraksi di depan kamera.

Walaupun tidak pernah berlakon, saya cuba berikan yang terbaik. Tidak sangka, lakonan saya menjadi dan memberi keyakinan kepada pengarah drama tersebut. Sejak itu, saya menerima banyak tawaran berlakon dari semasa ke semasa,”

Dari segi karier pula, ibu Nur Qistina Raisah yang lebih banyak mengatur perjalanan karier seni beliau, termasuklah menjaga akaun Instagram dan Facebook miliknya. Yelah, adik Qistina kan masih kecil dan bersekolah lagi.

Semoga bintang Nur Qistina akan terus menyerlah sebaris dengan pelakon kanak-kanak yang sedia ada dalam industri seni negara.

Biodata Nur Qistina Raisah

  • Nama Penuh: Nur Qistina Raisah Mohd. Kamarolazari
  • Nama Komersial: Nur Qistina Raisah
  • Tarikh Lahir: Disember 2008
  • Umur: 9 Tahun (2017)
  • Asal: Selangor
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Kerjaya: Pelakon dan Model Kanak-kanak Muslimah (Faghira Fashion & Ferdascarf)
  • Tahun Aktif: 2012 – sekarang
  • Drama: Zahira, Karlisa, Papa Ricky, Demi Cinta Ain, Azam Ramadan Su, Qalbu
  • Telefilem: Jangan Sembelih Merah
  • Filem: Kelibat, Jahil
  • Instagram: @nurqistinaraisah
  • Facebook: https://www.facebook.com/Nur-Qistina-Raisah-320928561443670/

Adik Nur Qistina Raisah

Aksi Pelakon Kanak Kanak Nur Qistina Raisah

Artis Cilik Nur Qistina Raisah Ala Zaman Retro P.Ramlee

Comel Nur Qistina Raisah Berhijab

Gambar Comel Nur Qistina Raisah

Nur Qistina Raisah Berbaju Kurung Biru

Nur Qistina Raisah Bertudung

Nur Qistina Raisah Model Tudung Muslimah Kanak Kanak

Nur Qistina Raisah Yang Cute

Pelakon Cilik Nur Qistina Raisah

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

One comment

  1. hai boleh berkenalan jngan risau saya perempuan
    nur ezreenshaa ardalia bt khairul azri
    sekolah senawang
    1/2 jalan desa dahlia,senawang
    70450,seremban negeri sembilan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: