Langgan newsletter kami!
Oki Setiana Dewi Berhijab

Biodata Oki Setiana Dewi, Juri Tetap Gema Gegar Vaganza

Biodata Oki Setiana Dewi. Siapa yang menonton filem pecah panggung Indonesia iaitu Ketika Cinta Bertasbih, pastinya mengenali wanita bernama Oki Setiana Dewi yang cantik dan lemah lembut ini.

Filem yang mencetus fenomena tersendiri ini sedikit sebanyak melonjakkan namanya di persada seni hiburan Indonesia dan Malaysia. Selain sibuk dengan aktiviti seni, figura yang mesra disapa Oki ini turut aktif berdakwah dan melakukan aktiviti kemasyarakatan seperti membina masjid dan rumah al-Quran sekitar Indonesia.

Terbaharu, Oki diundang ke Malaysia untuk menjadi juri tetap kepada program realiti nyanyian Islamik iaitu Gema Gegar Vaganza (GGV) yang disiarkan di Astro Oasis (106) dan Astro Maya HD (135) bermula 8 April 2017 yang lalu.

Apa kata kita berkenalan dengan dengan dekat dengan wanita hebat ini.

Biodata Oki Setiana Dewi

  • Nama Penuh: Oki Setiana Dewi
  • Nama Komersil: Oki Setiana Dewi
  • Tarikh Lahir: 13 Januari 1989
  • Umur: 28 Tahun (2017)
  • Asal: Batam, Kepulauan Riau, Indonesia
  • Keluarga: Anak sulung daripada tiga adik-beradik
  • Ibu Bapa: Sulyanto (ayah), Yunifah Lismawati (ibu)
  • Kerjaya: Pelakon, Pendakwah Bebas, Penulis, Pereka Fesyen dan Ahli Perniagaan
  • Status: Berkahwin
  • Nama Suami: Ory Vitrio
  • Agama: Islam
  • Keturunan: Berdarah Jawa-Palembang
  • Warganegara: Indonesia
  • Sinetron: Ketika Cinta Bertasbih Spesial Ramadhan, Ketika Cinta Bertasbih Meraih Ridho Ilahi, Dari Sujud Ke SujuD dan Anak Anak Manusia.
  • Filem: Ketika Cinta Bertasbih, Ketika Cinta Bertasbih 2 dan Demi Cinta.
  • Facebook: facebook.com/ustadzah.OSD
  • Twitter: twitter.com/oki_setiana
  • Instagram: instagram.com/okisetianadewi
  • Wikipedia: id.wikipedia.org/wiki/Oki_Setiana_Dewi

Trivia Menarik Oki Setiana Dewi

  1. Oki menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihan hati iaitu Ory Vitrio yang merupakan ahli perniagaan pada 12 Januari 2013.
  2. Ibu kepada dua orang cahaya mata perempuan iaitu Maryam Musaibah Abdullah dan Khadeejah Faatimah Abdullah.
  3. Mula memakai hijab sepenuhnya pada tahun 2005.
  4. Memiliki rumah kebajikan sendiri iaitu Yayasan Rumah Infaq.
  5. Kerana boleh membaca al-Quran dengan baik, Oki terpilih untuk memegang watak utama iaitu Anna Althafunnisa untuk filem Ketika Cinta Bertasbih.
  6. Menerusi filem Ketika Cinta Bertasbih, Oki dinobatkan sebagai Pemeran Utama Wanita Terfavorit di Indonesia Movie Award 2010.
  7. Membuka bisnes butik fesyen muslimah bernama O.S.D pada 13 Januari 2015 di Thamrin City, Jakarta Central.
  8. Turut menulis beberapa buku berjudul Melukis Pelangi: Catatan Hati Oki Setiana Dewi (2011), Sejuta Pelangi: Pernik Cinta Oki Setiana Dewi (2012), Cahaya Di Atas Cahaya: Perjalanan Spiritual Oki Setiana Dewi (2012), Hijab I Love You (2013), Dekapan Kematian (2013) dan Ketika Guru SD Sakit.
  9. Merupakan lulusan Sarjana Humaniora (Program Studi S1 Sastra Belanda) di Universitas Indonesia, Magister Pendidikan (Program Studi S2 Pendidikan Anak Usia Dini) di Universitas Negeri Jakarta (UNJ) dan sedang menjalani Kandidat Doktor (Program Studi S3 Pengkajian Islam Konsentrasi Pendidikan Islam di Universitas Islam Negeri (UIN) Jakarta.
  10. Mempunyai lebih 4 juta pengikut di Instagram miliknya.

Fesyen Muslimah Oki Setiana Dewi

Foto Oki Setiana Dewi Bersama Suami Dan Anak Anaknya

Gambar Cantik Oki Setiana Dewi

Gambar Oki Setiana Dewi Bersama Suaminya

Oki Setiana Dewi Bertudung Labuh

Oki Setiana Dewi Berhijab

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: