Biodata Penceramah Kontroversi Dr. Mohd Asri (Dr MAZA)


Sahibus Samahah Yang Berbahagia Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (atau lebih dikenali dengan panggilan Dr Maza) ialah seorang profesor madya fakulti pengajian islam di Universiti Sains Malaysia, bekas Mufti Perlis dan dilantik semula sebagai Mufti Perlis pada tahun 2015 menggantikan Dato Dr Juanda Jaya yang telah tamat kontrak. Beliau juga merupakan kolumnis Minda Dr. Maza atau “Pena Mufti” dalam akhbar Mingguan Malaysia semenjak 11 Mac 2007. Segala penulisan beliau dibukukan di dalam sebuah buku bertajuk “Mengemudi Bahtera Perubahan Minda – Edisi Baharu” terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. dr maza

Biodata Dr Mohd Asri

Nama: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin Tarikh Lahir: 1 Januari 1971 Tempat Lahir:

Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang Anak: 5 orang. Talhah, Intisor, Ibtihal, Dihyah dan Irwa’ Jawatan: Pensyarah Bahagian Pengajian Islam, USM. (JAWATAN TETAP) Mufti Perlis (dipinjam dari USM oleh Kerajaan Negeri Perlis bermula 1 Nov 2006 – 30 Nov 2008) Pensyarah USM, Prof Madya Bahagian Pengajian Islam, Pengkhususan Hadith Fellow OCIS, Oxford University, Oxford (2011-2012) Ahli Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) Pendidikan: Sekolah Menengah Agama Al-Irsyad, Seberang Perai, Pulau Pinang Kolej Islam Sultan Alam Shah B.A (Hons.) Jurusan Bahasa Arab dan Syariah, Amman, Universiti Jordan M.A, Sarjana Pengajian Islam , Universiti Sains Malaysia. Tajuk tesis beliau ialah Al-Sahabah: Kontradiksi Antara Nas-Nas Islam Dengan Riwayat Sejarah. Ph.D, Islamic Revealed Knowledge And Heritage (Al-Quran and Sunnah Studies), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (2003) Tajuk tesis beliau ialah Sabab Wurud al-Hadith: Dirasat Tahliliyyat Bi Tarkiz Khas ‘ala al-Dawabit wa al-Ma’ayir Ijazah Hadith: Mendapat 5 ijazah sanad menerusi jalur ulama India (2001) Fellowship di Pusat Pengajian Islam Oxford, Universiti Oxford, United Kingdom. Anugerah dan Kejayaan:
Darjah Dato’ bergelar Perlis yang membawa gelaran Dato’ Arif Perkasa (2012) Darjah Kebesaran Seri Sirajudin Perlis (SSP), Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Ke-62 DYMM Tuanku Raja Perlis. Penerima Anugerah Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis 1427H. Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Perlis Tahun 1429H Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah USM Tahun 1430H Aktiviti Sampingan: Kolumnis Tetap Mingguan Ruangan Pena Mufti, Akhbar MINGGUAN MALAYSIA. (11 Mac 2007-30 Nov 2008). Kolumnis Tetap Minda Dr MAZA dari UK, Akhbar Mingguan Malaysia (13 Disember 2008-2009) Kolumnis Tetap Islam Itu Rahmat, Akhbar Sinar Harian (2010- sekarang) Pemilik Laman Web ‘MINDA TAJDID’ drmaza.com Beliau terkenal sebagai seorang penceramah yang sering diselubungi dengan beberapa kontroversi termasuklah pernah ditahan atas sebab berceramah tanpa tauliah dan banyak lagi. Walaubagaimanapun, beliau masih dianggap sebagai seorang ulama yang terbilang, pandangannya tegas, mempunyai hujah yang cekal dan molek diterima akal. Tegas dalam pendiriannya dan bijak dalam menyatakan nilai serta perkara yang perlu disampaikan. Sumber: drmaza.com


Carian Berkaitan

Maksud chia chiaa chiaa, maksud chia chia chia dalam bahasa sanskrit, maksud chiaa chiaa chiaa dalam bahasa sanskrit, chia chia chia dalam bahasa sanskrit

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website


Artikel Berkaitan

Panduan Lengkap Solat Tahajud
Apa Itu Solat Tahajud (Tahajjud) Solat Tahajud adalah salah satu amalan sunnah yang
Amalan Sunnah Menyambut Bayi Baru Lahir
“Alhamdulillah, terima kasih Allah”. Ucapan tersebut adalah biasa bagi mereka yang melalui pengalaman
Bacaan Selawat Ke Atas Nabi Muhammad SAW
“Ya Hanana.. Ya Hanana.. Ya Hanana” Tiga orang kanak-kanak lelaki sedang asyik mendendangkan
Apa Maksud Tabayyun
Maksud Tabayyun Perkataan tabayyun ini diambil dari bahasa Arab. Ia merupakan fiil amr

Leave a reply "Biodata Penceramah Kontroversi Dr. Mohd Asri (Dr MAZA)"