Langgan newsletter kami!
Gambar Pengiran Muda Abdul Mateen

Biodata Pengiran Muda Abdul Mateen, Putera Kacak Brunei

Sebut sahaja nama Pengiran Muda Abdul Mateen, pastinya gadis-gadis di luar sana mula terpikat dan jatuh cinta dengan jejaka berbintang Leo ini. Manakah tidak, putera kepada Sultan Brunei iaitu Sultan Hassanal Bolkiah ini bukan sahaja kacak bergaya malahan berbadan sasa dan gemar bersukan.

Paling menarik, nama Pengiran Muda Abdul Mateen turut menjadi viral dan sensasi di seluruh dunia menerusi media-media sosial kerana raut wajah serta personalitinya yang menarik.

Berikut merupakan ringkasan biodata dan trivia menarik Pengiran Muda Abdul Mateen buat tatapan pembaca.

Biodata Pengiran Muda Abdul Mateen

  • Nama Penuh: Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah Mui’izaddin Waddaulah
  • Gelaran: Prince Mateen of Brunei / Putera Mateen
  • Tarikh Lahir: 10 Ogos 1991
  • Umur: 26 Tahun (2017)
  • Zodiak: Leo
  • Asal: Bandar Seri Begawan, Brunei Darul Salam
  • Keluarga: Anak ke-sepuluh daripada 12 adik-beradik
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Brunei
  • Instagram: https://www.instagram.com/tmski
  • Wikipedia: https://en.wikipedia.org/wiki/Prince_Mateen_of_Brunei

Trivia Menarik Pengiran Muda Abdul Mateen

  • Merupakan anak daripada hasil perkahwinan kedua Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dengan bekas isterinya bernama Hajah Mariam.
  • Ibunya iaitu Hajah Mariam merupakan bekas pramugari di Royal Brunei Airlines.
  • Sukan polo, bola sepak, boxing dan scuba driving merupakan antara aktiviti sukan kegemarannya. Pernah menyertai pasukan bola sepak Brunei, AM Gunners.
  • Merupakan graduan Ijazah Sarjana Sastera dalam Pengajian Antarabangsa dan Diplomasi daripada School of Oriental and African Studies, University of London.
  • Merupakan pencinta haiwan di mana Pengiran Muda Abdul Mateen membela beberapa ekor anak harimau dan kucing.
  • Pernah mengikuti rekrut askar di Royal Military Academy Sandhurst dan menerima pangkat Leftenan.
  • Boleh menerbangkan pesawat jet.
  • Dilaporkan, Pengiran Muda Abdul Mateen hanya mempunyai satu media sosial sahaja iaitu Instagram di mana mempunyai hampir 500,000 pengikut.
  • Berpandukan Instagram miliknya, Pengiran Muda Abdul Mateen gemar berswafoto dengan berkongsi aktiviti sosial dan rutin kehidupannya.

Gambar Pengiran Muda Abdul Mateen Ketika Kanak Kanak Bersama Ayahandanya Sultan Brunei

Pengiran Muda Abdul Mateen Dan Sukan Polo Berkuda

Pengiran Muda Abdul Mateen Dengan Uniform Tentera

Putera Mateen Bersama Anak Harimau

Putera Mateen Beruniform

Putera Mateen Menerima Pingat Dari Sultan Brunei

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: