Langgan newsletter kami!
Gambar Puteri Balqis

Biodata Puteri Balqis, Si Cilik Berbakat Besar

Biodata Puteri Balqis. Kecil-kecil cili padi. Ungkapan tersebut sangat sesuai ditujukan kepada pelakon cilik bernama Puteri Balqis ini.

Memperdagangkan bakatnya seawal tiga tahun, figura yang mesra disapa Aqish ini telah berlakon lebih 50 drama dan telefilem sehingga hari ini. Bakat seninya turut diiktiraf dengan pelbagai anugerah dari dalam dan luar negara. Pasti ibu bapa Aqish tersenyum bangga dengan kejayaaan anak jati Kuala Lumpur ini.

“Saya senang bekerja dengan Balqis. Dia mempunyai bakat yang istimewa. Saya kagum dengan pelakon yang sangat muda seperti dia. Dia rajin bertanya dan pandai menjiwai watak. Dia bukan seperti kanak-kanak biasa. Dia komited dan serius ketika bekerja dan saya sendiri belajar sesuatu daripada Balqis.”
– Ujar pelakon Siti Elizad ketika ditemuramah oleh majalah Jelita.

Jom kita berkenalan lebih dekat dengan pelakon filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ini.

Biodata Puteri Balqis

  • Nama Penuh: Puteri Balqis Azizi
  • Nama Komersil: Puteri Balqis
  • Nama Panggilan: Aqish
  • Tarikh Lahir: 12 April 2007
  • Umur: 10 Tahun (2017)
  • Asal: Kuala Lumpur
  • Keluarga: Anak Tunggal
  • Kerjaya: Pelakon dan Model Kanak-Kanak
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Nama Bapa: Azizi Aziz
  • Nama Ibu: Norashikin Mohd Aziz
  • Drama/Telefilem: Gemilang, Bicara Hati, Takdir Qismah, Cinta Itu Milikku, Dia Suamiku, Dee The Series, Akulah Balqis, Nur Ramadan, Qish Qish Qish, Jangan Lupa Tuhan, Menuju Taubatan Nasuha dan banyak lagi.
  • Filem: 1 Lawan Satu dan Upin Ipin Jeng Jeng Jeng
  • Facebook: facebook.com/rockingBalqis
  • Twitter: twitter.com/rockingbalqis
  • Instagram: instagram.com/rockingbalqis
  • Wikipedia: ms.m.wikipedia.org/wiki/Puteri_Balqis

Trivia Menarik Puteri Balqis

  1. Bakat seni Puteri Balqis dikesan selepas beliau menjalani uji bakat ketika berusia dua tahun di Uptown Shah Alam di mana ibu bapanya berniaga di situ.
  2. Gemilang merupakan drama pertama lakonannya.
  3. Suka praktis dialog skrip di depan cermin.
  4. Selain kelas piano dan balet, Puteri Balqis juga pernah mengikuti kelas memasak di Young Chef Academy, Sri Hartamas, Kuala Lumpur.
  5. Mewarisi bakat seni daripada arwah datuknya iaitu Mohd Aziz Arifin atau lebih dikenali sebagai Ken Arifin yang seangkatan dengan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.
  6. Selain Faizal Hussein, Puteri Balqis turut mengidolakan pelakon antarabangsa seperti Natalie Portman, Johnny Deep dan Dakota Fanning.
  7. Banyak berguru dengan barisan pelakon senior di lokasi seperti Erma Fatima dan Ellie Suriati.
  8. Sepanjang bergelar anak seni, Puteri Balqis pernah dinobatkan sebagai Artis Harapan Pantene di Anugerah Skrin (ASK) 2012, Pelakon Wanita Terbaik Drama menerusi drama Balqis di ASK 2014 dan Pelakon Wanita Terbaik Asia di Asia Television Award Ke-19.
  9. Pernah membintangi iklan-iklan komersil seperti Maxis, Nestle Susu Everyday, Courts Mammoth dan banyak lagi.
  10. Pelakon Azhan Rani merupakan ayah angkatnya.
  11. Bercita-cita ingin menjadi penulis skrip.
  12. Mempunyai lebih 400,000 pengikut di Instagram miliknya.

Gambar Puteri Balqis

Gaya Menarik Artis Cilik Puteri Balqis

Gaya Punk Puteri Balqis

Puteri Balqis Artis Kanak Kanak Comel

Puteri Balqis Dan Monyet

Puteri Balqis Di Bilik Tidur

Puteri Balqis Memakai Baju Sekolah

Puteri Balqis Upin Ipin Jeng Jeng Jeng

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: