Langgan newsletter kami!
Gaya Handsome Raja Syahiran

Biodata Raja Syahiran, Penyanyi Lagu “If I Could Go Back”

Siapa Raja Syahiran? Ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan insan yang bernama Raja Syahiran ini. Adakah beliau pendatang baru? Untuk makluman semua, Raja Syahiran adalah bakat yang lahir setelah memenangi gelaran Bakat JoHaRa anjuran stesen radio ERA. Selain menyanyi, Raja Syahiran mempunyai kemahiran unik iaitu membuat bunyi muzik secara beatbox.

Di samping itu, Raja Syahiran juga pernah mencuba nasib dalam program realiti, British Got Talent dan menariknya beliau berjaya menambat hati juri Britain’s Got Talent apabila berjaya ke pusingan ke 2 ujibakat pertandingan itu. Beliau merupakan rakyat Malaysia dan penduduk Asia Tenggara yang pertama melepasi ujibakat program yang terkenal di serata dunia itu.

Raja Syahiran juga kerap menghasilkan video pendek menggunakan aplikasi Vine dan Dubsmash dan kreativiti mereka itu telah berjaya menarik perhatian umum sehingga viral di laman sosial.

Biodata Raja Syahiran

  • Nama Penuh: Raja Syahiran Raja Azhanrianshah
  • Nama Komersial: Raja Syahiran
  • Asal: Subang Jaya, Selangor
  • Umur: 23 Tahun (2017)
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Pendidikan: Bekas pelajar jurusan perniagaan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  • Kerjaya: Penyanyi, Pelakon dan Youth Influencer
  • Kelebihan: berkebolehan membuat bunyi muzik secara beatbox dan meniru suara “chipmunk”
  • Lagu/Single: Biarkan Aku, If I Could Go Back
  • Instagram: @rajasyahiranmy
  • Facebook: https://www.facebook.com/r.syahiran/

Fesyen Kasual Jalanan Raja Syahiran

Foto Raja Syahiran

Raja Syahiran Berselfie

Raja Syahiran Dan Cikgu Shafi

Raja Syahiran Dan Ibu Kandungnya

Raja Syahiran Dan Izwani Merican

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: