Langgan newsletter kami!
Raysha Rizrose

Biodata Raysha Rizrose, Adik Tiri Uqasha & Nelydia Senrose

Biodata Raysha Rizrose. Siapa yang tidak mengenali adik tiri kepada aktres Nelydia dan Uqasha Senrose iaitu Raysha Rizrose. Berbanding kakak-kakak tirinya, nama figura cantik manis ini agak sedikit tenggelam dalam industri seni hiburan tanah air.

Namun begitu, ianya tidak mematahkan semangat Juara Dewi Remaja 2014/2015 ini untuk terus melonjakkan namanya di persada seni tempatan. Untuk pengetahuan semua, Raysha bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan malahan bercita-cita ingin bergelar penyanyi dan pengacara satu hari ini. Hebat bukan!

Apa tunggu lagi, jom kita berkenalan dengan lebih dekat dengan pelakon berbintang Cancer ini.

Biodata Raysha Rizrose

  • Nama Penuh: Farza Naquraisha binti Mohd Fariz
  • Nama Komersil: Raysha Rizrose
  • Tarikh Lahir: 22 Jun 1996
  • Umur: 21 Tahun (2017)
  • Tinggi: 170 cm
  • Berat: 48 kg
  • Ukuran Badan: 32-26-33
  • Zodiak: Cancer
  • Asal: Petaling Jaya, Selangor
  • Keluarga: Anak keempat daripada tujuh adik-beradik
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Pelakon dan Model
  • Kelab Peminat: Raysharians
  • Drama/Telefilem: Batas, Isteriku Miss Sally serta Misi Laksa dan Laksam, Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin
  • Filem: Dukun Doktor Dani dan Muluk
  • Twitter: twitter.com/raysharizrose
  • Instagram: @raysharizrose

Trivia Menarik Raysha Rizrose

  1. Seorang pendiam dan pemalu tapi cukup aktif dalam bidang pidato dan debat ketika sekolah.
  2. Melakar sejarah tersendiri apabila menjadi juara paling muda pertandingan Dewi Remaja 2014/2015 sejak dikelolakan pada tahun 1985. Turut menyandang gelaran Seri Berseri Fair & Lovely menerusi pertandingan tersebut.
  3. Mempunyai darah campuran Cina (sebelah bapanya) dan Thailand (sebelah ibunya).
  4. Mengidam untuk mendapat watak aksi dan psikik.
  5. Tidak suka memakai sneakers dan tidak memakan makanan pedas kecuali makanan Thai.
  6. Seorang pencinta kucing.
  7. Hanya mengamalkan minuman kolagen Secret of Senrose dan tidak memakai sebarang pencuci muka sejak kecil.
  8. Sebelum menguruskan kariernya sendiri, Raysha pernah bernaung di bawah pengurusan Astro Talents.
  9. Seringkali dikaitkan dengan populariti kakak-kakak tirinya iaitu Nelydia Senrose dan Uqasha Senrose.
  10. Minat menyanyi sejak kecil lagi. Memilih Balada dan R&B sebagai genrenya dalam bidang seni suara.
  11. Media tempatan melaporkan bahawa Raysha sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelumba kereta GP2 tanah air, Nabil Jefri.
  12. Mempunyai lebih 350,000 pengikut di Instagram miliknya.

DEWI REMAJA Raysha Rizrose

Foto Adik Beradik Raysha Rizrose, Nelydia Senrose Dan Uqasha Senrose

Gambar Raysha Rizrose

Lagi Gambar Cantik Raysha Rizrose

Raysha Rizrose Bersama Kekasih Hati Nabil Jefri

Raysha Rizrose Bertudung

Raysha Rizrose Gadis Melayu Cun

Raysha Rizrose Sewaktu Menang Dewi Remaja

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: