Langgan newsletter kami!
Salmah Asis

Biodata Salma, Pemenang 3 Juara

Teka-teki terjawab apabila bekas juara Mentor musim kelima, Salma menjuarai Pentas Epik 3 Juara yang telah berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor pada 15 Januari 2017 yang lalu.

Memilih lagu solo iaitu I Surrender (Celine Dion) serta Sepi Sekuntum Mawar Merah (Ella) dan Hukum Karma (Wings) bersama artis undangan, Azlan & The Typewriter, pemilik nama Salmah A. Asis itu membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi.

Mewakili kategori Balada, ibu kepada tiga cahaya mata itu berjaya menewaskan dua pencabarnya, Azizul (Azizul Haqim Md Anuwar) dan Kudien (Muhammad Ariffuden Mohd Rafee) yang masing-masing mewakili kategori Irama Malaysia dan Rock.

Untuk rekod, Program 3 Juara merupakan program realiti televisyen (TV) terbitan TV3 yang mempertaruhkan tiga genre muzik dengan menyaksikan peserta mendapat bimbingan penerbit, Pak Ngah (Irama Malaysia), Edrie hashim (Rock) dan Ajai (Balada).

Apa tunggu lagi, jom kita berkenalan dengan penyanyi kelahiran negeri di bawah bayu itu.

 

Biodata Salma

  • Nama Sebenar: Salmah A. Asis
  • Nama Pentas: Salma / Salmah Asis
  • Tarik Lahir: 9 April 1991
  • Umur: 26 tahun
  • Asal: Kampung Titingan, Tawau, Sabah
  • Keluarga: Anak kelapan daripada sembilan adik-beradik
  • Agama: Islam
  • Warganegara; Malaysia
  • Nama Suami: Azri Abdullah
  • Kerjaya: Penyanyi
  • Single: Permata, Seruan Jiwa, Jiwa Bersatu (berduet dengan Azri), Cabaran Cinta (berduet dengan Aznor) dan Tarikan Nafas Terakhir
  • Facebook: https://www.facebook.com/Salmanatics/
  • Instagram: https://www.instagram.com/salma_3juara/
  • Twitter: @Salmaasis
  • Nama Fan Club: Salmanatic

 

Fakta Menarik TentangĀ Salma

  1. Disebabkan oleh desakan ekonomi keluarga, Salma hanya sempat bersekolah setakat tingkatan empat dan tidak mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  2. Pernah berkerja sebagai kerani.
  3. Berkahwin buat kali kedua dengan penyanyi dan bekas peserta Akademi Fantasi (AF) musim kesembilan, Azri pada 31 Januari 2015 selepas bercerai pada 2008.
  4. Suaminya, Azri menyifatkan Salma sebagai seorang wanita yang pandai mengambil hati, memahami dan kelakar.
  5. Mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu Andi Raisya, Puteri Nurul Huda (hasil perkahwinan terdahulu) dan seorang anak angkat lelaki.
  6. Mula berhijab pada tahun 2013.
  7. Turut menjalankan bisnes menjual kek brownies di akuan instagramnya.
  8. Selain Mentor dan 3 Juara, Salma pernah menyertai program Seiras Seirama bersama suaminya di Astro Ria.

Salma Asis Bertudung Dengan Makeup Paling Cantik

Salma Asis Dengan Makeup Simple

Salma Pemenang 3 Juara

Salma Vs Hadi 3 Juara Balada

Foto Salma 3 Juara Bertudung

Gambar Keluarga Salma 3 Juara Dan Anak Anak

Gambar Salma 3 Juara (TV3) Dan Suami

Gaya Tudung Menarik Salmah Asis (Mentor)

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: