Biodata Sangeeta Krishnasamy, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM29)

Sangeeta Krishnasamy Poster

Sejak nama Sangeeta Krishnasamy diumumkan sebagai pemenang kategori utama pada FFM29, ramai yang masih kabur dan tertanya-tanya. Siapakah Sangeeta Krishnasamy? Lakonan mantap Sangeetha Krishnasamy dalam filem ‘Adiwiraku’ dengan memegang watak sebagai Cikgu Cheryl Ann Fernando telah memenangi hati rakyat Malaysia. Beliau telah mengetepikan saingan nama-nama besar dalam industri hiburan seperti Izara Aishah, June Lojong dan Sharifah Amani untuk memenangi anugerah tersebut.

“Saya terasa seolah-olah masih bermimpi. Adakah apa yang berlaku ini semuanya benar? Sejujurnya, saya tidak tahu apa yang perlu dijangkakan untuk berdepan dengan industri perfileman ini. Bagaimanapun, saya berterima kasih kepada Cikgu Cheryl Fernado kerana dia adalah pemenang dan heroin sebenar dalam filem ini”

Biodata Sangeeta Krishnasamy

  • Nama Penuh: Sangeeta Krishnasamy
  • Asal: Kuala Lumpur
  • Tinggi: 1.52 m (5 ft 0 in)
  • Warna Rambut: Dark Brown
  • Warna Mata: Brown
  • Bangsa: India
  • Warganegara: Malaysia
  • Keluarga: Anak kedua dari empat adik-beradik
  • Pendidikan: Sarjana Undang-undang dari University of London (Kampus Malaysia)
  • Pekerjaan: Model, Pelakon, Pengacara TV dan Peguam
  • Filem: Adiwiraku
  • Instagram: @sangeeta_krishnasamy
  • Twitter: @sangeetakrishn2
  • Facebook: @sangeeta.krishnasamy.1
  • Wikipedia: https://en.wikipedia.org/wiki/Sangeeta_Krishnasamy

Fakta Menarik Tentang Sangeeta Krishnasamy

  • Merupakan anak kepada Bobby Krishnasamy.
  • Mula serius dalam dunia lakonan pada tahun 2009. Namun begitu beliau pernah berlakon dalam drama dan filem Tamil sejak usia enam tahun lagi.
  • Pernah mengikuti kursus lakonan di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPaC).
  • Menjadi pelakon Malaysia pertama yang berlakon dalam filem Kollywood selepas membuat penampilan di Goa sebagai watak utama di ‘ZHA’.
    Menjadi salah seorang pelakon terbaik di Cinema Tamil Malaysia selepas memenangi kedua-dua kategori di Anugerah Kalai Ulagam Malaysia 2015 untuk kategori pelakon terbaik dalam kategori filem dan telemovie.
  • Merupakan seorang ‘vegan’ atau 100% vegetarian iaitu hanya makan makanan yang berasal dari tanaman seperti biji-bijian, buah-buahan, sayuran, kekacang dan mengecualikan mengecualikan produk dari haiwan.
  • Dimasukkan ke hospital selama tujuh hari kerana demam denggi ketika penggambaran filem Adiwiraku. Disebabkan itu, beliau kehilangan berat badan lebih 5 kilogram.
  • Pernah menjadi finalis pertandingan ratu cantik, ‘Miss Malaysia India’.
  • Pernah bercita-cita untuk menjadi anggota polis.
  • Seorang yang pandai memasak.
  • Fasih bertutur dalam bahasa Tamil, Melayu dan English.

Foto Hot Sangeeta Krishnasamy

Gambar Seksi Sangeeta Krishnasamy Bersama Amy Search

Gambar Selfie Sangeeta Krishnasamy

Sangeeta Krishnasamy Bercermin Mata

Sangeeta Krishnasamy Berlatih Karate

Sangeeta Krishnasamy Dan Phua Chu Kang

Sangeeta Krishnasamy Di Astro Awani

Sangeeta Krishnasamy Mata Comel


Carian Berkaitan

artis wanita tamil malaysia yang hot

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #Biodata Sangeeta Krishnasamy #Sangeeta Krishnasamy Biodata #Sangeeta Krishnasamy Wikipedia #Siapa Sangeeta Krishnasamy

Biodata Nafiez Zaidi
Siapakah dia pelakon handsome bernama Nafiez Zaidi? Nafiez Zaidi merupakan pelakon yang agak baru dalam
Biodata Syainie Aida Shuhaimi, Adik Pelakon Eira Syazira
Selepas kedua kakaknya iaitu Eira Syazira dan Syafnida Shuhaimi bergelar pelakon, kini muncul
Biodata Eza Edmond, Penyanyi Lagu Bahagia
Eza Edmond, penyanyi yang bermula dengan menghasilkan cover lagu secara suka-suka di laman
Biodata Adiba Yunus, Pelakon Yang Kini Tampil Bertudung
Adiba Yunus atau nama penuhnya Siti Adibah binti Yunus adalah seorang pelakon yang

Leave a reply "Biodata Sangeeta Krishnasamy, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM29)"