Langgan newsletter kami!
Santesh Kumar

Biodata Santesh Kumar, Penyanyi Lagu Viral Amalina

Lagu ‘Amalina‘ yang viral baru-baru ini telah benar-benar melonjakkan nama Santesh. Siapa sangka pemuda berbangsa India dapat menyanyikan lagu Melayu dengan begitu baik sekali. Rata-rata peminat memuji cara sebutan dan penghayatan Santesh dalam lagu tersebut. Suara Santesh juga dikatakan mempunyai persamaan dengan Datuk David Arumugam dari kumpulan Alleycats yang punyai suara yang cukup lunak dan unik.

Untuk rekod, lagu ‘Amalina‘ yang pernah trending no #1 di Youtube menceritakan tentang percintaan pasangan yang berlainan agama dan kaum. Dan sehingga hari ini, video muzik lagu ini telah mendapat tontonan sebanyak lebih 7 juta di Youtube! Tahniah diucapkan.

Semoga Santesh terus maju dalam bidang nyanyian.

Biodata Santesh

  • Nama Penuh: Santesh Kumar
  • Nama Popular: Santesh
  • Asal: Klang, Selangor
  • Tarikh lahir: 11 June 1992
  • Umur: 26 tahun (2018)
  • Keluarga: Anak bongsu dari 11 adik-beradik
  • Bangsa: India
  • Warganegara: Malaysia
  • Status: Berkahwin
  • Kerjaya: Penyanyi
  • Lagu / Single: Amalina
  • Album: Silap Kahwin, Tangkap Basah
  • Instagram: @iamsantesh
  • Facebook: https://www.facebook.com/fanpage.santesh/

Fakta Menarik Tentang Santesh

  • Selain menyanyi, Santesh juga adalah pencipta lagu dan penulis lirik.
  • Mula menyanyi secara serius dan merakamkan lagu pertama pada 2011.
  • Menyertai pertandingan Vaanavil’s Superstar dan berjaya ke final ketika berumur 21 tahun.
  • Telah mengeluarkan 5 buah album Tamil.
  • Telah lama terlibat dengan dunia seni iaitu sejak berumur 7 tahun.
  • Telah berkahwin selama 3 tahun namun belum dikurniakan anak.

Aksi Santesh Kumar

Foto Santesh Kumar Dan Awie

Gambar Santesh Kumar Ketika Muda

Gaya Anak Malaysia Santesh Kumar

Santesh Kumar Dan Isteri

Santesh Kumar Viral Amalina

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

2 comments

  1. Tak tahu pulak dia ni yang nyanyi? hehe Tq atas info ini

  2. Boleh share tak lirik lagu ni.. tq atas info biodata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: