Biodata Sarimah Ibrahim, Pengacara Versatil Kacukan Melayu-Irish

Gambar Sarimah Ibrahim Hot

Sekian lama menyepi dari radar seni hiburan tanah air, wanita bernama Sarimah Ibrahim membuat penampilan sebagai salah seorang pengacara di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) 31 yang telah berlangsung pada 22 Januari lalu.

Terdahulu, figura berdarah kacukan Melayu-Irish itu turut diberi peluang mengendalikan Anugerah Skrin 2016 (ASK2016) pada 18 November 2016 bersama-sama hero drama Dia Semanis Honey, Alif Satar.

It’s a good news! Bakal muncul dengan rancangan sendiri iaitu The Sarimah Show pada Mac nanti, tahun 2017 menjadi tahun kebangkitan semula buat pelantun lagu Kini Kau Tiada dalam arena seni hiburan negara.

Pastinya ‘comeback’ bintang filem Puteri Impian 2 itu sedikit sebanyak mengubah kerinduan para peminatnya. Berikut kami kongsikan dengan anda tentang biodata dan perkara menarik tentang pengacara yang versatil ini.

Biodata Sarimah Ibrahim

  • Nama Penuh: Sarimah Ibrahim
  • Nama Komersil: Sarimah/ Kak Mah
  • Tarikh Lahir: 19 Februari 1979
  • Umur: 38 (2017)
  • Asal: Dublin, Ireland
  • Zodiak: Aquarius
  • Keturunan: Melayu-Irish
  • Keluarga: Anak sulung daripada empat adik-beradik
  • Agama: Islam
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Pengacara, pelakon, penyanyi dan penyampai radio
  • Status: Berkahwin
  • Nama Suami: Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar
  • Rancangan TV: AJL 2003, AJL 2004, AJL 2016, ASK 2016, Galaksi, Ikon Malaysia, Ikon Asean, Malaysia 2020, Akademi Fantasia (AF) 8, The Orea Zone, The Biggest Loser Asia, Bella dan The Sarimah Show (2017).
  • Radio: Era FM, Red FM dan Mix FM
  • Filem: Apokalips X, Janji Diana, MX3, Gerak Khas 3 The Movie, Puteri Impian 2, Mimpi Moon.
  • Pencapaian: Pengacara TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2010, Pengacara Hiburan TV Terbaik Anugerah Skrin (ASK) 2005, Artis Baru Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) 2000, Artis Harapan Terbaik Anugerah Era 2000, Personaliti Paling Popular NTV7 1998, Pendatang Baru Terbaik Anugerah Media Hiburan 1998
  • Facebook: http://www.facebook.com/Sarimahibrahimofficial
  • Twitter: https://twitter.com/sarimahi
  • Instagram: http://www.instagram.com/sarimahibrahim

Trivia Menarik Sarimah Ibrahim

  1. Mempunyai watak peramah, ceria, kelakar (gila-gila) dan spontan.
  2. Mula menceburi dunia pengacaraan sejak 1996 sebelum terjun ke dunia lakonan, nyanyian dan penyampai radio.
  3. Selain bahasa Melayu, Sarimah fasih berbahasa Inggeris dan Perancis.
  4. Jika tidak bergelar artis, Sarimah ingin menjadi ahli psikologi kerana beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Psikologi di sebuah universiti swasta tempatan.
  5. Pernah mengeluarkan satu album studio iaitu Sarimah pada tahun 2001 yang mengandungi 10 buah lagu di mana 6 lagu berbahasa Melayu dan selebihnya dalam bahasa Inggeris.
  6. Suaminya, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar (Tunku Jamie) merupakan cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10.
  7. Untuk pengetahuan, ini bukan perkahwinan pertama memandangkan Sarimah pernah berkahwin dengan jejaka Australia, Amir Andrew Abdullah pada 2006 tetapi bercerai pada penghujung Disember 2008.
  8. Selain TV dan radio, Sarimah juga pernah mengacarakan web shownya sendiri iaitu Sarimah’s 2 Sen yang diterbitkan oleh Feeefo.TV dan boleh ditonton di saluran YouTube.
  9. Merupakan duta Women Center For Change (WCC) iaitu sebuah badan kebajikan yang memperjuangkan hak wanita dan kanak-kanak.
  10. Untuk pengetahuan pembaca, Sarimah kini sudah berkecimpung dalam industri hiburan tanah air selama lebih 20 tahun sejak bergelar anak seni.

Gambar Kahwin Sarimah Ibrahim Dan Husband

Gambar Sarimah Ibrahim Bertudung

Gambar Sarimah Ibrahim Hot

Gambar Sarimah Ibrahim Semasa Kecil (Umur 4 Tahun)

Sarimah Ibrahim Bersama Suami Dan Datuk Yusof Haslam

Sarimah Ibrahim Cover Majalah Glam 2017

Sarimah Ibrahim Dan Suami Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar

Wajah Baru Sarimah Ibrahim


Carian Berkaitan

biodata sarimah ibrahim, sarimah ibrahim biodata, biodata sarimah, the sarimah show

Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Sarimah Ibrahim #Profil Sarimah Ibrahim #Sarimah Ibrahim #The Sarimah Show TV3

Biodata Ungku Hariz, Pelakon dan Suami Jihan Muse
Sedar atau tidak, sudah hampir 10 tahun artis bernama Ku Hariz atau nama
Biodata Jaslin Puasa, Aktor Kacak Kelahiran Felda Sungai Mas
Biodata Jaslin Puasa | Lahir dari program Hero Remaja 2007/2008, nama Jaslin Puasa
Biodata Elly Arifin, Dari DJ Radio & Pengacara Ke Pentas Lakonan
Biodata Elly Arifin | Mengikuti langkah rakan sekerjanya iaitu Adriana Adnan, Eleena Sui
Biodata Ben Amir, Semakin Laris Di Arena Lakonan
Biodata Ben Amir | Penangan drama bersiri popular, Suri Hati Mr Pilot sedikit

Leave a reply "Biodata Sarimah Ibrahim, Pengacara Versatil Kacukan Melayu-Irish"