Langgan newsletter kami!
Shahir AF8

Biodata Shahir, Bintang Kelahiran AF8

Setelah tiga tahun hilang dari radar seni hiburan tanah air, nama penyanyi kelahiran Akademi Fantasia (AF) 8 iaitu Shahir kembali sensasi dan tular di laman sosial baru-baru ini.

Ini kerana, anak jati Perak ini dikatakan bersedia berkahwin dengan primadona cantik jelita, Erra Fazira dalam masa terdekat. Memetik laporan di Media Hiburan, pelantun lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan ini mengakui selesa berkawan dengan Erra.

“Apa yang boleh saya katakan, saya memang serius berkawan dengannya (Erra). Langkah seterusnya, Insya-Allah, doa-doakan semuanya dipermudah dan dipercepatkan. Cuma buat masa ini saya rasa belum manis untuk saya berkongsi. Bila sudah tiba masanya saya tidak keberatan untuk berkongsi,” katanya.

Rata-rata netizen memberi komen positif dan mendoakan agar pasangan merpati dua sejoli ini bergelar suami isteri suatu masa nanti.

Biodata Shahir

  • Nama Penuh: Ahmad Shahir Zawawi
  • Nama Komersil: Shahir / Shahir Zawawi
  • Tarikh Lahir: 5 September 1988
  • Umur: 29 Tahun (2017)
  • Asal: Kampar, Perak
  • Keluarga: Anak sulung daripada lima adik-beradik
  • Pendidikan:
    – Sekolah Kebangsaan Kampar, Perak
    – Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River, Perak
    –  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Penyanyi, Pelakon, Penulis Lirik dan Model
  • Lagu: Kebahagiaan Dalam Perpisahan, Luar Biasa, Pendam, Cintakan Kembali, Tiba (duet bersama Faizal Tahir), Aku Yang Berdosa, Cerita Kita, Dia Yang Kau Pilih dan banyak lagi.
  • Drama/Telefilem: Cerciter Cinta dan Summer Camp
  • Filem: Karak
  • Anugerah/Pencapaian: Artis Bahari Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010, Anugerah Hero Baru Terhebat di Anugerah Blokbuster 2011 dan Ikon Belia Perak 2010
  • Instagram: instagram.com/shahirzawawi88
  • Wikipedia: ms.wikipedia.org/wiki/Shahir_Zawawi

Trivia Menarik Shahir

  • Merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, Saujana.
  • Pernah dikaitkan menjalin hubungan cinta dengan pelakon dan usahawanita hebat, Rozita Che Wan (Che Ta) satu ketika dahulu.
  • Tidak suka makan ikan melainkan ikan yang tiada tulang seperti ikan sardin.
  • Amat menyukai sambal sotong apatah lagi dimasak oleh ibunya.
  • Lagu Datuk Jamal Abdillah merupakan lagu wajibnya jika ke pusat karaoke.
  • Sangat geli dengan ular. Jika diusik boleh terbawa ke dalam mimpi.
  • Sangat menyukai kartun animasi tempatan iaitu Upin & Ipin.
  • Seorang graduan Diploma Kejuruteraan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
  • Jika tidak terlibat dengan dunia seni, Shahir bercita-cita untuk menjadi Cikgu atau Ahli Perniagaan.
  • Mampu membaca dan menghafaz al-Quran dengan baik serta berbakat dalam bertaranum.

Shahir Dan Erra Fazira

Shahir Dan Peminat Cilik

Shahir Dan Zizan Razak Di Terengganu

Gaya Shahir Zawawi

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: