Langgan newsletter kami!
Koleksi Baju Plus Size Sherry Alhadad

Biodata Sherry Alhadad, Selebriti Plus Size Serba Boleh

Sherry Alhadad Biodata | Sedar atau tidak, wanita bernama Sherry Alhadad sudah lebih 10 tahun bergelar anak seni. Pemilik nama Shariffah Mariam Binti Syed Abdullah Al Hadad ini merupakan aktres tempatan yang serba boleh dan berkarisma.

Selain hebat berlakon, anak jati Ampang, Selangor ini juga melebarkan sayapnya sebagai pengacara, pelawak, penyanyi dan deejay radio. Terkini, figura berbadan gempal ini mengacarakan program Rockanova (Astro Prima 105), Perang Bibir (TV9) dan Muzik-Muzik 32 (TV3) menggantikan Amyra Rosli.

Biodata Sherry Alhadad

  • Nama Penuh: Shariffah Mariam Binti Syed Abdullah Al Hadad
  • Nama Komersil: Sherry Al Hadad
  • Tarikh Lahir: 17 November 1984
  • Umur: 33 Tahun (2017)
  • Asal: Taman Melati, Selangor
  • Keluarga: Anak bongsu daripada empat adik-beradik
  • Kerjaya: Pelakon, Pengacara, Pelawak, Penyanyi dan Aktivis Teater
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Drama/ Telefilem: Sutun 2, Rampas, Seratus Harijadi, Nostalgila, Misiku Kuza, Misteri Wan Peah, Yam Melaram, Oh! My English, Cinta 100 KG, Ahli Mesyuarat Tingkap dan banyak lagi.
  • Filem: My Stupid Boss, Hanti Rumah Sakit Jiwa dan Kolumpo.
  • Teater: Atap Genting Atap Rumbia, Mak Dara Nyonya, Nyonya & The Gang, Projek Disko Baldi dan banyak lagi.
  • Host TV: Perang Bibir, Rockanova, Muzik-Muzik 32, Akak Akak Sangat, Melodi, Diva-Kelakarama, Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2017 dan 2014, Anugerah Planet Muzik (APM) 2016 dan banyak lagi.
  • Twitter: twitter.com/sherry_alhadad
  • Instagram: instagram.com/sherry_alhadad
  • Wikipedia: ms.wikipedia.org/wiki/Sherry_Alhadad

Trivia Menarik Sherry Alhadad

  1. Seorang yang ceria, tidak reti duduk diam, banyak bercakap, gila-gila, sensitif dan mudah menangis.
  2. Figura ini mempunyai darah berketurunan Terengganu di sebelah ayahnya dan Sarawak di sebelah ibunya.
  3. Graduan Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan Teater di Akademik Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
  4. Pernah dianugerahkan sebagai pelajar terbaik Fakulti Teater (Lakonan) dan pelajar terbaik Fakulti Teater (Pengarahan).
  5. Bergelar anak seni bukanlah cita-cita sebenar figura ini. Ketika kecil, Sherry bercita-cita untuk menjadi saintis, pilot atau ahli gimnastik.
  6. Merupakan pengawas pusat sumber dan aktif dengan pelbagai kegiatan di sekolah seperti menyanyi dan lakonan.
  7. Sutun 2 merupakan drama pertama lakonannya.
  8. Memulakan langkah sebagai anak seni dengan berlakon teater.
  9. Jika wanita lain gemar mengumpul tas tangan dan kasut, Sherry pula suka mengumpul anting-anting sebagai koleksi peribadi.
  10. Sewaktu di tingkatan empat dan lima, wanita ini gemar berpakaian ala hip hop seperti baju longgar, seluar jenis baggy serta memakai topi dan aksesori hip-hop.
  11. Sangat serasi dan menghiburkan apabila bergandingan dengan Zulin Aziz dalam mengacarakan sesuatu majlis atau acara.
  12. Sebelum dikenali sebagai Sherry Alhadad, beliau menggunakan Sherry Abdullah sebagai nama pentasnya.
  13. Pernah menyertai program nyanyian parodi iaitu Juara Parodi bersama Zulin Aziz dan Zahid AF di bawah kumpulan Skru.
  14. Pernah menjadi penyampai Hot.FM bersama Zulin Aziz.
  15. Mempunyai hampir 300,000 pengikut di Instagram miliknya.

Koleksi Baju Plus Size Sherry Alhadad

Sherry Alhadad Bersama Dina Nadzir Dan Radin Era FM

Sherry Alhadad Dan Awie Dalam Rockanova

Sherry Alhadad Dan Fara Fauzana

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: