Biodata Shima Anuar, Pelakon Cantik Milik Ahli Perniagaan

Gambar Shima Anuar Berhijab Cantik

Baru-baru ini, nama Shima Anuar hangat diperkatakan di media-media sosial. Ini kerana, pelakon cantik berkenaan telah menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihan hati iaitu Mohd Solih Toha yang merupakan seorang ahli perniagaan berjaya.

Dengan sekali lafas, pasangan merpati dua sejoli ini selamat diijalkabulkan pada 8 April 2017 lalu dalam sebuah majlis ringkas di kediaman pengantin wanita yang terletak di Rawang, Selangor. Tahniah diucapkan buat Shima dan suami. Semoga perkahwinan ini bahagia dan kekal sehingga ke anak cucu.

Berikut, penulis ingin berkongsi dengan anda tentang biodata dan trivia menarik figura yang berbintang Aries ini.

Biodata Shima Anuar

  • Nama Penuh: Noor Hashimah Anuar
  • Nama Komersil: Shima Anuar
  • Tarikh Lahir: 8 April 1991
  • Zodiak: Aries
  • Umur: 26 Tahun (2017)
  • Asal: Rawang, Selangor
  • Keluarga: Anak keempat dari enam adik-beradik
  • Kerjaya: Pelakon
  • Status: Berkahwin
  • Nama Suami: Mohd Solih Toha
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Drama/Telefilem: Sumpahan Kum Kum, Sha Dan Shah, Ku Sangka 2 Rupanya 3, Rubi, Klik, Impian Raya Emelyn, Cinta Si Wedding Planner dan Diari Platun
  • Filem: Adnan Sempit 3, Hanya Aku Cinta Kau Seorang, Bini-Biniku Gangster, 2 Kalimah, Highland Tower, Hospital dan 7 Petala Cinta.
  • Facebook: facebook.com/officialshimaanuar
  • Instagram: instagram.com/shimaanuar
  • Wikipedia: ms.m.wikipedia.org/wiki/Shima_Anuar

Trivia Menarik Shima Anuar

  1. Merupakan cat lover dan mempunyai tiga ekor kucing belaan di rumahnya.
  2. Suka kunyah ais batu.
  3. Suka memasak jika berada di rumah. Gemarkan masakan kampung seperti ayam masak gulai.
  4. Jika ada masa lapang, Shima suka bersenam dan berbasikal di sekeliling kawasan perumahannya.
  5. Menjalankan bisnes dengan menjual produk kecantikan iaitu krim asas muka di bawah label Oh Most Wanted Look (OMWL).
  6. Di awal kemunculannya dalam industri seni, Shima pernah dikaitkan menjalin hubungan cinta dengan Arja Lee.
  7. Ingin membawa watak seorang wanita desa yang hidup susah dan banyak bermain emosi.
  8. Jika diberikan peluang, figura cantik ini ingin digandingkan dengan pelakon bertubuh sasa, Sharnaaz Ahmad.
  9. Terdahulu, pasangan suami isteri ini mengikat tali pertunangan pada 17 Disember 2016 lalu.
  10. Mempunyai lebih 300,000 pengikut di Instagram miliknya.

Foto Perkahwinan Shima Anuar

Foto Shima Anuar Bertudung Tanpa Makeup

Shima Anuar & Suami Bergaya Dengan Kereta Lamborghini

Shima Anuar Bercuti Bersama Suami

Shima Anuar Dan Diana Amir

Shima Anuar Pic


Carian Berkaitan

shima anuar biodata, biodata shima anuar, biodata umur shima anuar, profil dari shima anwar

Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Shima Anuar #Profil Shima Anuar #Shima Anuar #Shima Anuar Biodata

Biodata Nafiez Zaidi
Siapakah dia pelakon handsome bernama Nafiez Zaidi? Nafiez Zaidi merupakan pelakon yang agak baru dalam
Biodata Syainie Aida Shuhaimi, Adik Pelakon Eira Syazira
Selepas kedua kakaknya iaitu Eira Syazira dan Syafnida Shuhaimi bergelar pelakon, kini muncul
Biodata Eza Edmond, Penyanyi Lagu Bahagia
Eza Edmond, penyanyi yang bermula dengan menghasilkan cover lagu secara suka-suka di laman
Biodata Adiba Yunus, Pelakon Yang Kini Tampil Bertudung
Adiba Yunus atau nama penuhnya Siti Adibah binti Yunus adalah seorang pelakon yang

Leave a reply "Biodata Shima Anuar, Pelakon Cantik Milik Ahli Perniagaan"