Langgan newsletter kami!
Shuhanty Hanafiah Cover Image

Biodata Shuhanty Hanafiah, Gadis Comel Finalis DFKL

Siapakah Shuhanty Hanafiah? Gadis comel yang memiliki pakej lengkap bertubuh tinggi lampai dan wajah menawan ini adalah pelakon baru yang mula dikenali selepas menjadi antara 6 finalis Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2016. Antara drama lakonan Shuhanty Hanafiah adalah Budak Boys, Meh Sandar Pada Aku dan Nahu Rindu. Beliau juga pernah membuat kemunculan dalam telefilem berjudul Surat Panjang Untuk Mak dan Tulus Cinta.

Jom kita kenali Shuhanty Hanafiah dengan lebih dekat lagi!

Biodata Shuhanty Hanafiah

  • Nama Penuh: Hani Shuhanti Binti Hanafiah
  • Nama Popular: Shuhanty Hanafiah
  • Umur: 31 Tahun (2018)
  • Asal: Johor
  • Warganegara: Malaysia
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Ibubapa: Zaiton Hashim atau dikenali sebagai Wendy (Ibu)
  • Pendidikan: Graduan dalam Biologi Molekul di Universiti New South Wales, Australia
  • Kerjaya: Pelakon dan Model
  • Pencapaian: Finalis DFKL 2016
  • Drama: Meh Sandar Pada Aku, Nahu Rindu, Cik Misi (2017), Budak Boys, Kamar Kamariah (2018)
  • Telefilem: Surat Panjang Untuk Mak (2017), Tulus Cinta (2018)
  • Sitcom: JKK Musim 3 (Jenaka Kampung Kalut)
  • Instagram: @shuhanty

Perkara Menarik Tentang Shuhanty Hanafiah

  1. Memulakan kerjaya sebagai model iklan komersial sebaik sahaja tamat pengajian.
  2. Seterusnya menyertai uji bakat Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2016 dan terpilih sebagai peserta Top 6 bersama Syazuwan Hassan, Amirul Faqeem dan Jaja Iliyes.
  3. Ibunya juga seorang model dan pernah menyertai pertandingan Ratu Cantik Pahang dan Ratu Cantik Malaysia 1979.
  4. Pernah membuat kemunculan dalam rancangan sitcom JKK Musim 3 (Jenaka Kampung Kalut) yang dibarisi oleh Ebby Yus, Ropie, Jep Sepahtu, Issey Fazlisham dan Sari Yanti.

Bertudung Dan Berkacamata Shuhanty Hanafiah

Foto Selfie Shuhanty Hanafiah

Gambar Shuhanty Hanafiah Dan Izreen Azminda

Shuhanty Hanafiah Dan Ummi Nazeera Cantik Bertudung

Shuhanty Hanafiah Jadi Budak Sekolah

Shuhanty Hanafiah Tanpa Solekan

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: