Biodata Shukri Yahaya, Hero Drama 7 Hari Mencintaiku

Gambar Handsome Artis Shukri Yahaya

Jericho Rosales Malaysia. Itulah gelaran peminat tempatan buat pelakon kacak popular, Shukri Yahaya. Memulakan langkah sebagai anak seni menerusi filem Jiwa Taiko, membuahkan hasil kerana namanya kini menjadi rebutan para penerbit dan pengarah tanah air.

Sinar bintangnya semakin menyerlah apabila drama bersiri lakonannya iaitu 7 Hari Mencintaiku bersama pelakon kacukan Melayu-Inggeris, Siti Saleha menjadi trending dan fenomena di kalangan netizen.  Jom kita berkenalan dengan pemuda bermata redup ini.

 

Biodata Shukri Yahaya

  • Nama Sebenar: Mohd Shukri Yahaya
  • Nama Pentas: Shukri Yahaya
  • Tarikh Lahir: 13 Jun 1988
  • Asal: Cheras, Kuala Lumpur
  • Keluarga: Anak kelima daripada enam adik-beradik
  • Status: Berkahwin
  • Nama Isteri: Tya Adnan
  • Kerjaya: Pelakon, Penyanyi dan Model
  • Drama: 7 Hari Mencintaiku, Cik Cinderella dan Encik Tengku, Sahabat, Asam Pedas Untuk Dia, Dia Isteri Luar Biasa, Menjinak Ombak, Ruby, Juvana, Plan B dan banyak lagi.
  • Filem: Jiwa Taiko (Bara Jiwa), Ular, Lari dan Surf This Love (2017)
  • Twitter: @syukriyahaya
  • Instagram: https://www.instagram.com/shukriyahaya
  • Fan Club: Shukrivals

 

Trivia Menarik Shukri Yahaya

  • Mempunyai nama timbangan masa kecil iaitu Aki.
  • Seorang yang manja, sensitif, kaki tidur dan tidak suka perempuan yang banyak cakap.
  • Pernah bekerja sebagai kerani di sebuah bank di Kuala Lumpur sebelum mengorak langkah sebagai seorang pelakon.
  • Orang yang bertanggungjawab dalam membawa Shukri ke industri adalah Osman Ali (Pengarah Jiwa Taiko).
  • Merupakan food lover dan makanan kesukaannya ialah ayam masak merah.
  • Menjalankan perniagaan atas talian dengan menjual the detoks, Limitoxless bersama isterinya.
  • Tabiat mengerut dahi sejak dari kecil lagi.
  • Ingin berlakon sebagai seorang angkasawan.
  • Menyanyikan lagu penutup drama Dia Isteri Luar Biasa berduet bersama pelakon cantik popular, Fathia Latiff berjudul Tak Pernah.
  • Menamatkan zaman bujangnya dengan pilihan hati, Tya Adnan pada 20 November 2015 dan mempunyai seorang cahayamata perempuan bernama, Aira Ameena.
  • Pernah tertikam tangan kanannya ketika di lokasi penggambaran drama Menjinak Ombak dan mengakui ia berlaku atas kesilapannya sendiri.

Sumber: Cosmopolitan, Murai dan Astro Gempak

Gambar Handsome Artis Shukri Yahaya

Foto Aktor Shukri Yahaya

Gambar Isteri Shukri Yahaya Tayang Babybump

Gambar Pernikahan Shukri Yahaya Dan TyaAdnan

Gambar Shukri Yahaya Dan Isteri

Gambar Romantis Shukri Yahaya Dan Istri


Carian Berkaitan

biodata shukri yahaya, shukri yahaya biodata, biodata syukri yahaya, biodata syukri yahya

Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

More Posts

Loading...

Tags: #gambar shukri yahaya #shukri yahaya biodata #shukri yahaya dan isteri

Biodata Nik Adam Mika, Pelakon Cilik Popular
Biodata Nik Adam Mika | Kecil-kecil cili padi! Pepatah Melayu ini sangat sesuai
Biodata Mustaqim Bahadon, Aktor Berbadan Sasa Kelahiran Perlis
Biodata Mustaqim Bahadon| Namanya mula mencuri tumpuan para peminat tanah air apabila membintangi
Biodata Ungku Hariz, Pelakon dan Suami Jihan Muse
Sedar atau tidak, sudah hampir 10 tahun artis bernama Ku Hariz atau nama
Biodata Jaslin Puasa, Aktor Kacak Kelahiran Felda Sungai Mas
Biodata Jaslin Puasa | Lahir dari program Hero Remaja 2007/2008, nama Jaslin Puasa

Leave a reply "Biodata Shukri Yahaya, Hero Drama 7 Hari Mencintaiku"