Langgan newsletter kami!
Siti Elizad Sharifuddin Gambar Poster

Biodata Siti Elizad, Pelakon Wanita Berasal Dari KL

Siti Elizad Sharifuddin merupakan antara artis senior atau orang lama dalam industri seni tanahair. Beliau memulakan kerjaya seni lakonan sebagai pelakon kanak-kanak semenjak tahun 1994, iaitu sezaman dengan artis seperti Nasrizal Ngasri, Anne Ngasri, Shaheizy Sam, Zizie Ezette, Lisa Surihani dan Liyana Jasmay di era 90-an.

Walaupun telah lama dalam industri, nama beliau masih lagi kurang dikenali sehinggalah apabila beliau diberi peranan besar dalam drama di TV3 bertajuk Teman Lelaki Upahan bersama Ungku Ismail Aziz. Drama ini telah berjaya menjulang namanya sekaligus membuka mata ramai orang termasuklah pengulas, pengkritik dan peminat.

Di tahun 2017, Siti Elizad terus cemerlang dan membintangi banyak drama dan telefilem antaranya Papa Ricky, My Darling, Inspektor Daniel,  Puisi Sedih Al-Kitab, Rasuk dan Menantu Malam Raya.

Biodata Penuh Siti Elizad

  • Nama Penuh: Siti Elizad Mohd Sharifudin
  • Nama Komersial: Siti Elizad / Elizad Sharifudin
  • Nama Panggilan: Ejad
  • Tarikh Lahir: 25 Mei 1984
  • Umur: 33 Tahun (2017)
  • Asal: Kuala Lumpur
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Status: Berkahwin (pada 2015)
  • Nama Suami: Shamsul Baharin Rahman
  • Kerjaya: Pelakon, pengacara, penyanyi dan model
  • Tahun Aktif: 1994 – kini
  • Keluarga: Anak keempat dari lima adik-beradik
  • Ibu Bapa: Mohd Sharifuddin Baharuddin (Bapa) dan Allahyarhamah Nazariah Mohd Salleh (Ibu)
  • Filem: Coverina, Harmonika, Berlari Ke Langit, Gangster, Main-Main Cinta, Rock, Bilut, Lembing Awang Pulang Ke Dayang, Cinta Yang Satu
  • Drama/ Telefilem: Teman Lelaki Upahan, Jiwa, Cinta Antara Kita, Jamilah I Love You, Adnan Sempit The Series, Bersalji Di Kuala Lumpur, Korban Kasih, Iman Nabila, Isteriku Bukan Tukang Masak, My Darling, Inspektor Daniel, Papa Ricky, Puisi Sedih Al-Kitab, Rasuk, Menantu Malam Raya dan banyak lagi.
  • Instagram: @elizadsharifuddin
  • Twitter: @elizad_official
  • Wikipedia: https://ms.wikipedia.org/wiki/Siti_Elizad

Fakta Menarik Tentang Siti Elizad

  • Merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarga.
  • Pernah menyertai pertandingan Asia Bagus di Singapura ketika berusia 14 tahun dan uji bakat rancangan One In A Million musim ketiga pada tahun 2008.
  • Membintangi filem pertama berjudul Berlari Ke Langit arahan Bade Hj. Azmi dan dilakonkan oleh Rosyam Nor, Fasha Sandha dan Hasnul Rahmat.
  • Menjadi juara dalam rancangan realiti TV Gempak Superstar dengan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro.
  • Berkahwin dengan duda dua anak, Shamsul Baharin Rahman, 45 tahun, pada 11 Januari 2015.
  • Pernah dituduh enggan hamil walaupun selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.
  • Pernah mengaku melakukan sedikit perubahan pada wajahnya.

    “Ya, saya ada buat perubahan pada wajah. Tapi semuanya demi tuntutan kerja sebagai pelakon. Tak banyak ‘buat’ pun, sikit saja.”

Aksi Lasak Siti Elizad Sharifuddin Menunggang Motorsikal Berkuasa Tinggi

Gambar Foto Candid Siti Elizad Sharifuddin

Produk Elizad X Fella Rosse

Selfie Menarik Siti Elizad Sharifuddin

Siti Elizad Bersama Kanak Kanak Syria

Siti Elizad Dan Sherry Ibrahim Cantik Bertudung

Siti Elizad Dan Suami

Siti Elizad Mengenakan Pakaian Menutup Aurat

Siti Elizad Sharifuddin Berhijab Cantik

Siti Elizad Sharifuddin Bertudung

Siti Elizad Sharifuddin Comel

Siti Elizad Sharifuddin Gambar Poster

Siti Elizad Sharifuddin Image Download

Siti Elizad Sharifuddin Kena Cium

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: