Biodata Sufi Rashid, Penyanyi Kelahiran Singapura

Foto Sufi Rashid

Siapa yang tidak mengenali juara Akademi Fantasia (AF) 2015, Sufi Rashid atau nama lengkapnya Mohammad Sufie Rashid.

Sebelum menyertai program terbitan Astro itu, jejaka berbintang Aquarius berkenaan sudah menapak dalam industri seni suara di Singapura. Ketika itu, namanya hanya berlegar-legar di kota singa sahaja.

Hari ini, Sufi bukan sekadar anak seni semata-mata malahan bergelar ahli perniagaan kulinari.

Biodata Sufi Rashid

  • Nama Penuh: Mohammad Sufie Rashid
  • Nama Komersil: Sufi Rashid / Sufie Rashid / Sufi AF
  • Tarikh Lahir: 27 Januari 1991
  • Umur: 26 Tahun (2017)
  • Zodiak: Aquarius
  • Asal: Singapura
  • Kerjaya: Penyanyi dan Ahli Perniagaan
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Singapura
  • Pencapaian: Artis Baharu Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 29, Juara Akademi Fantasia (AF) 2015 dan Naib Juara SG Mania 2014
  • Lagu: Kisah Dua Muka, Ingat, Tiada Pengganti dan Aku Sanggup.
  • Kelab Peminat: Official Sufi Rashid Squad
  • Facebook: facebook.com/sufierashid
  • Twitter: @sufiaf2015
  • Instagram: instagram.com/sufierashid

Trivia Menarik Sufi Rashid

  1. Mempunyai lebih 20 trofi koleksi peribadi yang disimpan sepanjang melibatkan diri dalam bidang nyanyian. Kebanyakannya diperoleh sewaktu menyertai pertandingan menyanyi.
  2. Lebih suka berpakaian santai berbanding formal.
  3. Suka bersenam di gimnasium atau berlari di kawasan perumahannya jika ada masa lapang.
  4. Harris Baba merupakan kawan baik Sufi sejak dari zaman persekolahan di Singapura.
  5. Menggemari muzik genre pop rock, R&B dan balada.
  6. Membuka bisnes kulinari iaitu Restoran De’Tulang Merah yang terletak di Kuchai Lama, Kuala Lumpur sejak Mac 2016.
  7. Selain menyanyi, Sufi juga boleh bermain alat muzik seperti piano, dram, gitar dan bass.
  8. Mula serius menyanyi selepas muncul naib johan program pencarian bakat nyanyian iaitu SG Mania 2014.
  9. Taufik Batisah, Datuk M. Nasir, Datuk Hattan dan Ramli Sarip merupakan idolanya dalam bidang seni suara.
  10. Mempunyai hampir 200,000 pengikut di Instagram miliknya.

Foto Sufi Rashid

Gambar Selfie Sufie Rashid

Gaya Fesyen Non Formal Sufie Rashid

Sufi Rashid Bersama Rakan Rakan AF 2015

Sufie Rashid Dan Gitar

Sufie Rashid


Carian Berkaitan

gambar sufi rashid, sufie rashid biodata, sufi rashid biodata, biodata sufie rashid

Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Sufi Rashid #Biodata Sufie Rashid #Profil Sufi Rashid #Sufi Rashid AF 2015 #Sufi Rashid Biodata

Biodata Nik Adam Mika, Pelakon Cilik Popular
Biodata Nik Adam Mika | Kecil-kecil cili padi! Pepatah Melayu ini sangat sesuai
Biodata Mustaqim Bahadon, Aktor Berbadan Sasa Kelahiran Perlis
Biodata Mustaqim Bahadon| Namanya mula mencuri tumpuan para peminat tanah air apabila membintangi
Biodata Ungku Hariz, Pelakon dan Suami Jihan Muse
Sedar atau tidak, sudah hampir 10 tahun artis bernama Ku Hariz atau nama
Biodata Jaslin Puasa, Aktor Kacak Kelahiran Felda Sungai Mas
Biodata Jaslin Puasa | Lahir dari program Hero Remaja 2007/2008, nama Jaslin Puasa

Leave a reply "Biodata Sufi Rashid, Penyanyi Kelahiran Singapura"