Langgan newsletter kami!
Syafiq Kyle Bg Image

Biodata Syafiq Kyle, Hero Suamiku Paling Sweet

Sejak dikenali menerusi drama Kerana Terpaksa Aku Relakan, nama pelakon Syafiq Kyle mula menjadi sebutan dan digilai ramai peminat. Sedang menyinarkan bakat dan populariti, mutu lakonan figura kelahiran Kuala Lumpur ini juga semakin mantap dan tidak mengecewakan penonton.

Buah tangan terbaru pelakon berwajah jambu berkenaan iaitu Suamiku Paling Sweet bergandingan bersama aktress cantik molek, Mawar Rashid mula ditayangkan di TV3 menerusi slot Akasia pada 13 Februari 2017 lalu.

Apa tunggu lagi, jom kita berkenalan dengan Syafiq Kyle.

Biodata Syafiq Kyle

  • Nama Penuh: Mohd Syafiq Shamin Abdul Razak
  • Nama Komersil: Syafiq Kyle
  • Tarikh Lahir 24 Jun 1994
  • Umur: 25 (2017)
  • Zodiak: Cancer
  • Asal: Cheras, Kuala Lumpur
  • Keluarga: Anak kedua daripada tiga adik-beradik
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Pelakon dan Model
  • Drama: Suamiku Paling Sweet, Sekali Aku Jatuh Cinta, Married Tapi Benci, Isteri Separuh Masa, Merah Gaun Pengantin, Kerana Terpaksa Aku Relakan, Angin Syurga, Dhia Sofea dan banyak lagi.
  • Telemovie: Takdir Yang Terhenti, Kalu Aku Kaya, Kari Sanjana, Bella, Mat Chia Chia, Takraw Kampung, Bapa Mentuaku, Gangster Melor, Mat Despatch dan Dari Pintu Neraka.
  • Facebook: https://www.facebook.com/syafiq.shamim
  • Twitter: https://twitter.com/isyafiqkyle
  • Instagram: https://www.instagram.com/isyafiqkyle
  • Wikipedia: https://ms.wikipedia.org/wiki/Syafiq_Kyle
  • Kelab Peminat: Syafiq Kyle F.C

Trivia Menarik Syafiq Kyle

  1. Remy Ishak dan Eman Manan merupakan idolanya dalam dunia lakonan.
  2. Merupakan lulusan Diploma Filem, Teater dan Animasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.
  3. Bergelar naib johan Hero Remaja 2012.
  4. Selain pandai berlakon, Syafiq juga mempunyai bakat menyanyi.
  5. Pernah digosipkan bercinta dengan pelakon cantik manis, Uqasha Senrose. Terkini, beliau dikatakan bercinta dengan pendatang baru, Mimi Lana.
  6. Sebelum bergelar seorang pelakon, Syafiq pernah bekerja di belakang tabir produksi.
  7. Syafiq pernah dilantik sebagai Duta Media Sosial dan Peraduan Cabaran Anugerah Skrin 2015 (ASK2015) bersama Yana Samsudin.
  8. Figura ini pernah dicalonkan sebagai Pelakon Komedi Lelaki terbaik (TV) menerusi telemovie Gangster Melor di Anugerah Lawak Warna (ALW) 2015 dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama) menerusi Dari Pintu Neraka di ASK 2015.
  9. Pernah menyertai program realiti Liga Lawak Superstar (LLS) menerusi kumpulan Apa Kasih Toq bersama Didie Alias dan Kamal Adli terbitan TV3.
  10. Mempunyai hampir 150 ribu pengikut di instagram miliknya.

Poster Syafiq Kyle Dalam Suamiku Paling Sweet

Syafiq Kyle Dan Mawar Rashid Yang Bertudung

Syafiq Kyle Dan Uqasha Senrose

Syafiq Kyle Selfie

3 Sahabat Syafiq Kyle, Fattah Amin Dan Saharul

Gaya Lelaki Hot Dan Seksi Syafiq Kyle

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: