Biodata Syafiq Nazri, Host Kacak Mbuzz

Image Of Syafiq Nazri

Biodata Syafiq Nazri | Walaupun baru setahun jagung dalam industri seni hiburan, jejaka bernama Syafiq Nazri semakin dikenali oleh peminat tempatan. Mengendalikan program MBuzz sejak November 2016 lalu bersama-sama Ain Edruce, figura tinggi lampai ini memulakan langkah sebagai model sambilan.

Namun untuk tidak mahu berada di zon selesa, Syafiq turut mengembangkan bakatnya sebagai seorang pelakon. Buah tangan terbarunya iaitu drama bersiri Hikayat Cinta Si Pematah Hati telah ditayangkan di Astro Ria 104 mulai 24 April 2017 lalu.

Biodata Syafiq Nazri

  • Nama Penuh: Syafiq Mohd Nazri
  • Nama Komersil: Syafiq Nazri
  • Tarikh Lahir: 1989
  • Umur: 28 Tahun (2017)
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Status: Berkahwin
  • Nama Isteri: Nadia Azlan Shah
  • Kerjaya: Pengacara Pelakon dan Model Sambilan
  • Drama/Telefilem: Cinta Roller Coaster, Dawai Asmara, Sayang Papa Saya Tak, Fatihah Untuk Mama dan Hikayat Cinta Si Pematah Hati
  • Instagram: instagram.com/syafiqmnazri

Trivia Menarik Syafiq Nazri

  1. Memiliki personaliti ceria dan petah berkata-kata.
  2. Mempunyai darah campuran Melayu Cina.
  3. Graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
  4. Menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan hati iaitu Nadia Azlan Shah yang merupakan model sambilan pada 19 Mac 2017 di Masjid Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
  5. Bercinta selama lapan bulan sebelum mendirikan rumah tangga.
  6. Pasangan serasi ini merancang untuk berbulan madu di Australia.
  7. Pernah menimba pengalaman bekerja di bahagian jualan.
  8. Pernah membintangi video klip penyanyi hebat Malaysia, Anuar Zain iaitu Andainya Takdir dan Cinta Takkan Berakhir.
  9. Menjadikan Datuk Aznil Haji Nawawi sebagai idola dalam dunia pengacaraan.

Foto Romantis Syafiq Nazri

Foto Seksi Syafiq Nazri

Gambar Syafiq Nazri Dan Isteri, Nadia Azlan Shah

Isteri Syafiq Nazri Dan Syafiqah Aina

Syafiq Nazri Bercermin Mata Hitam

Syafiq Nazri


Carian Berkaitan

syafiq nazri, biodata syafiq nazri, syafiq nazri biodata, biodata syafiq m nazri

Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Syafiq Nazri #Syafiq Nazri #Syafiq Nazri Biodata #Syafiq Nazri MBuzz

Biodata Nik Adam Mika, Pelakon Cilik Popular
Biodata Nik Adam Mika | Kecil-kecil cili padi! Pepatah Melayu ini sangat sesuai
Biodata Mustaqim Bahadon, Aktor Berbadan Sasa Kelahiran Perlis
Biodata Mustaqim Bahadon| Namanya mula mencuri tumpuan para peminat tanah air apabila membintangi
Biodata Ungku Hariz, Pelakon dan Suami Jihan Muse
Sedar atau tidak, sudah hampir 10 tahun artis bernama Ku Hariz atau nama
Biodata Jaslin Puasa, Aktor Kacak Kelahiran Felda Sungai Mas
Biodata Jaslin Puasa | Lahir dari program Hero Remaja 2007/2008, nama Jaslin Puasa

Leave a reply "Biodata Syafiq Nazri, Host Kacak Mbuzz"