Langgan newsletter kami!
Gambar Syafiqah Aina Barbie Doll

Biodata Syafiqah Aina, Instafamous dan Pemilik Kosmetik NSA Beau

Siapa Syafiqah Aina? Beliau adalah selebriti Instagram yang pernah viral satu ketika dulu. Antara kisah yang menarik perhatian netizen sebelum ini adalah sambutan hari jadi beliau yang menjadi sebutan kerana disambut menggunakan sebuah limousin yang disewa.

Kini Syafiqah Aina merupakan seorang usahawan muda yang mempunyai produk kosmetik dan jenama pakaian sendiri. Kisah tersebut kini menjadi sejarah manis dalam hidupnya.

Biodata Syafiqah Aina

  • Nama Penuh: Nursyafiqah Aina Abdul Wahab
  • Nama Glamour: Syafiqah Aina
  • Tarikh Lahir: 18 Jun 1994
  • Umur: 24 tahun (2018)
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Status: Berkahwin
  • Nama Suami: Hafiz Mahamad
  • Kerjaya: Usahawan Kosmetik, Model, Blogger, Influencer dan Instafamous
  • Instagram: @syafiqahaina
  • Twitter: @syafiqahaina
  • Email: [klik sini]

Fakta Menarik Tentang Syafiqah Aina

  1. Pernah dilabel sebagai pasangan kekasih yang viral bersama Hafiz Mahamad kerana romantiknya kisah cinta mereka.
  2. Pernah viral gara-gara sambutan hari jadinya yang disambut mewah dengan kekasihnya menyewa sebuah limousin dan makan malam di Restoran Berputar di Menara Kuala Lumpur.
  3. Tidak cukup dengan itu, kekasihnya sering memanjakannya dengan pelbagai kemewahan lain seperti menghadiahkan kereta, belayar di atas kapal serta pemberian Iphone 7 sempena hari lahir Syafiqah Aina.
  4. Menerima hadiah sebuah kereta Honda Civic sempena hari jadi ke-23.
  5. Mengasaskan syarikat kosmetik NSA Bẽau pada 20 Januari 2018.
  6. Merupakan pemilik bersama Nsa Beau Ventures bersama suaminya Hafiz Mahamad.
  7. Idea untuk menghasilkan produk kosmetik sendiri bermula apabila beliau menghadapi masalah kulit seperti kulit kusam, ruam dan alergi akibat memakai solekan berlebihan ketika sesi photoshoot.
  8. Antara produk utama NSA Beau adalah Ainaa Serum dan Ainaa Cleanser.
  9. Juga memiliki jenama pakaian sendiri iaitu Syafiqah Aina RTW.
  10. Mula menggunakan Instagram pada Jun 2013 dan sehingga kini berjaya mengumpul lebih 700k followers.
  11. Memulakan kerjaya sebagai instafamous dengan menjana pendapatan melalui ‘paid review‘.
  12. Dikhabarkan memperolehi pendapatan mencecah RM30K sebulan.
  13. Pernah mengaku dahulu dirinya tidak secantik sekarang – dahulunya gemuk dan muka berjerawat.
  14. Pernah memiliki berat badan sebanyak 63 kilogram (gemuk) pada tahun 2013.
  15. Mengenali suami hampir 5 tahun lalu sebelum mendirikan rumah tangga.
  16. Berkahwin pada 24 November 2017 dengan Hafiz Mahamad dalam majlis yang cukup gemilang umpama artis popular dengan pelbagai tajaan. Untuk majlis resepsi, mereka telah mendapat tajaan menaiki limosin mewah warna putih untuk menuju ke singgah sana yang dihias indah.

Gambar Menarik Syafiqah Aina

Fesyen Instafamous Syafiqah Aina

Foto Perkahwinan Syafiqah Aina Dan Hafiz Mahamad

Foto Syafiqah Aina Muka Flawless

Gambar Kahwin Syafiqah Aina Naik Limosin

Gambar Keluarga Syafiqah Aina

Gambar Syafiqah Aina Barbie Doll

Pasangan Romantik Syafiqah Aina Dan Suami

Selfie Bertudung Syafiqah Aina

Syafiqah Aina Dan Suami

Syafiqah Aina Dulu Gemuk Dan Berjerawat Kini Kurus Dan Cantik

Syafiqah Aina Founder NSA Beau

Syafiqah Aina Gaya Fesyen Kasual

https://www.azhan.co

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: