Langgan newsletter kami!
Syainie Aida Header

Biodata Syainie Aida Shuhaimi, Adik Pelakon Eira Syazira

Selepas kedua kakaknya iaitu Eira Syazira dan Syafnida Shuhaimi bergelar pelakon, kini muncul pula Syainie Aida. Beliau merupakan pelakon yang muncul dalam beberapa siri drama kebelakangan ini antaranya Inai Yang Hilang dan Azrul Bendul.

Sungguhpun baru dikenali peminat, Syainie Aida sebenarnya telah lama melibatkan diri dalam dunia lakonan. Malahan sejak berumur 7 tahun lagi beliau sudah berlakon dalam drama ‘Garis Penamat’. Beliau juga pernah menjadi pelakon teater termasuklah memegang watak utama dalam teater ‘Bangsawan Lela Manja’. Antara drama lain yang dilakonkan Syainie selepas itu adalah ‘Kasih Bertatah Delima’, ‘Lima’ dan ‘Mr. Mama’.

Biodata Syainie Aida Shuhaimi

  • Nama Penuh: Syainie Aida Shuhaimi
  • Nama Popular: Syainie Aida / Syainie Shuhaimi
  • Tarikh Lahir: 27 September 1996
  • Umur: 22 tahun (2018)
  • Tempat Tinggal: Putrajaya / Kuala Lumpur
  • Ibubapa: Shuhaimi Acheh (bapa)
  • Adik-beradik: Merupakan adik kepada pelakon Eira Syazira dan Syafnida Shuhaimi
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Pendidikan: Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 16 (1)
  • Drama: Namaku Bedah, Inai Yang Hilang, Azrul Bendul, Tak Beli Tak Cinta, Mr Mama
  • Filem: Hantu Wangan
  • Instagram: @syainieaida
  • Twitter: @SyainieAida
  • Facebook: https://www.facebook.com/Syainie-Aida-Shuhaimi-168006983210205/

Syainie Aida Bertudung

Syainie Aida Pelakon Azrul Bendul

Syainie Aida Berhijab

Syainie Aida Dan Aiman Hakim Redza

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: