Biodata Taufiq Hanafi, Pelakon Berasal Dari Pontian

Taufiq Hanafi Watak Jahat Ustat Dalam PASKAL

Siapa dia pelakon Taufiq Hanafi ini? Dalam kemunculan terbaru di kaca TV, Taufiq Hanafi muncul sebagai pelakon tambahan dalam drama Pujaan Hati Kanda yang bersiaran di Slot Akasia TV3 mulai 20 Disember 2018 menggantikan drama Seribu Rindu.

Taufiq Hanafi sebenarnya lebih dikenali sejak membawa watak Abu dalam filem Ola Bola pada tahun 2016 yang juga merupakan filem pertamanya dan terkini melalui filem box-office Malaysia, PASKAL.

Kerjaya lakonan Taufiq Hanafi bermula sebagai pelakon tambahan untuk telefilem terbitan popular berjudul Sutun pada tahun 2006, ketika berusia 16 tahun. Setelah habis belajar di ASWARA, Taufiq Hanafi bekerja di TVi RTM dan turut berlakon beberapa watak kecil termasuklah untuk filem Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior. Taufiq Hanafi turut menjadi pengacara untuk Dokumentari Kembara Sungai pada tahun 2017.

Biodata Taufiq Hanafi

  • Nama Penuh: Mohamad Taufiq bin Mohd Hanafi
  • Nama Pentas: Taufiq Hanafi
  • Tarikh Lahir: 26 April 1991
  • Umur: 28 Tahun (2019)
  • Asal: Pontian, Johor
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Ibubapa: Mejar (B) Hanafi Yunus (bapa)
  • Pendidikan:
    – Sekolah Menengah Teknik Kajang (2007)
    – Ijazah Sarjana Muda Perfileman dan Televisyen dari Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan, ASWARA (2009)
  • Kerjaya: Pelakon, Pengarah dan Pengacara lelaki
  • Drama/Siri TV: Gantung The Series, Pujaan Hati Kanda
  • Filem: Ola Bola, Kanang anak Langkau: The Iban Warrior, Bidong: The Boat People, PASKAL
  • Teater: Mulan
  • Pengacaraan:  Dokumentari Kembara Sungai (RTM)
  • Instagram: @taufiqhanafi11
  • Wikipedia: https://ms.wikipedia.org/wiki/Taufiq_Hanafi

Apa Apa Apa Ke Taufiq Hanafi Dan Zulin Aziz

Gambar Kacak Taufiq Hanafi

Gaya Spek Mata Hitam Taufiq Hanafi

Taufiq Hanafi Dan Atlet Bina Badan Sazali Samad

Taufiq Hanafi Image

Taufiq Hanafi, HairulAzreen Dan Pelakon PASKAL


Carian Berkaitan
taufiq hanafi

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...
Senarai Penuh Top 5 Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32
Senarai Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-32 2019 telah diumumkan
Biodata Nasz Kenyang, Dakwah Dalam Jenaka
Siapakah Nasz Kenyang? Pemuda ini mula dikenali menerusi kreativiti video satu minit yang
Telefilem Cubit-Cubit Cinta (Astro Citra)
Cubit-Cubit Cinta adalah sebuah telefilem yang dibintangi oleh Sharifah Sakinah, Nasz Kenyang, Tony
Filem Suatu Ketika (2019)
Info Filem Suatu Ketika Nama Filem: Suatu Ketika – Langitkan Impianmu Mula Tayangan:

Leave a reply "Biodata Taufiq Hanafi, Pelakon Berasal Dari Pontian"